10 sebab kenapa si kecil memberontak

March 02, 2014

10 sebab kenapa si kecil memberontak

Sumber SINI


Salam mesra..

10 sebab kenapa si kecil memberontak menjadi tajuk entry CN kali ini. Ini kerana Si kecil Irfan makin membesar dengan perangai yang sangat mencabar kewibawaan CN. Biasalah, dengan students di sekolah, CN boleh bersabar dari memukul sebab anak orang, tapi dengan anak sendiri ni, laju jer tangan membabap ! Memang menyesal lepas babap dia, tapi itulah, tindakan spontan ! hehehe

Irfan ni perangai dia, kalau dia marahkan kita atau tak puas hati dengan kita, dia akan mencampakkan apa sahaja barang yang ada depan dia. Sebab tu pinggan dan cawan kaca sudah banyak berderai sebab si kecik ni ! Ramai cakap Irfan memberontak sebab dia membesar tanpa CN disisi, yela, dulu kan CN di KL dan Irfan di kampung bersama nenek. Jumpa pun hujung minggu. Maybe sebab nk balas dendam, dia selalu memberontak dengan mama nya. Aduhai si anak...

CN terjumpa artikel tentang sebab kenapa si kecil memberontak untuk pengetahuan diri sendiri sebagai seorang mama dan juga untuk perkongsian bersama pembaca tersayang.

10 sebab kenapa si kecil memberontak

1. Dia rasa tidak disayangi
Anak akan memberontak jika dia rasa tidak disayangi oleh ahli keluarga. Apabila kita selalu marah, dia akan rasa kita benci pada dia dan dia akan memberontak dan terus memberontak selagi dia rasa tidak disayangi. Alahai Irfan...kamu lah permata hati mama. Gila la mama tak sayang kamu tahu tak? Isy2..

2. Dia ingin dapatkan perhatian dari anda
Sifat cemburu antara adik beradik pasti ada. Untuk dapatkan perhatian lebih dari anda, dia mungkin akan memberontak dan bersifat negatif. 
Ini betul, kalau ditanya Irfan nak adik tak? Mesti dia geleng kepala. Bila CN dukung baby lain, kemain berguling-guling dia atas lantai marahkan CN...hehe

3. Dia rasa kecewa dengan kehidupan dia
Anak memberontak kerana dia rasa tidak bersyukur dengan kehidupan dia. Dia mahukan lebih tetapi kita tidak mampu memberi kehidupan yang dia mahu.
Hmm..takkan Irfan macam tu kot..

4. Dia rasa kurang yakin
Anak yang baik kadang2 berperangai jahat di sebabkan kurang yakin. 
Irfan yang CN perasan akan cakap slow kalau kurang yakin nk sebut sesuatu benda. Contoh sekarang ni Irfan tak pandai sebut 'Atok', so dia akan sebut 'Atak dengan suara yang slow sambil senyum2..hehe

5. Dia ikut sikap ibu bapanya
Anak2 selalu akan mengikut perangai ibubapanya. Jika ibubapanya kuat menengking, dia juga akan kuat menengking.
Ini betul, si kecil umur macam Irfan mmg suka ikut apa yang kita buat. Contoh kalau CN marahkan Irfan, CN akan cakap "Anak..anak" then dia dengan confiden pun akan ikut cakap "Anak..anak"

6. Dia rasa usahanya tidak dihargai
Anak-anak mahu dipuji bagi setiap pencapaian yang mereka lakukan. Apabila kita tidak memuji mereka, mereka akan rasa tidak dihargai dan akan mula memberontak untuk menyatakan isi hati mereka. 
Si kecil memang suka dipuji bila dia buat sesuatu yang baik. Tak percaya? Cuba dulu dan anda pasti akan tersenyum bila lihat si manja tersenyum riang bila dipuji.

7. Dia rasa tidak sihat, lapar atau letih
Anak2 akan mula berubah secara mendadak apabila dia rasa sakit, lapar atau letih. 
Ini berlaku kepada semua anak kecil, kalau tak sihat mmg meragam. Menguji kesabaran dan kesusilaan betul ! Hehehe

8. Dia rasa marah atau fikiran terganggu
Jika anak2 kita terlalu cepat berubah sikap, fikirannya mungkin terganggu. Anak2 ini masih kecil dan muda. Jadi mereka tidak dapat menyerap tekanan dengan cepat lalu menyebabkan fikiran terganggu. 
Pernah gak nampak Irfan stress bila CN sibuk dengan kerja dan tak melayan dia, memang meragam itu budak..hehe

9. Dia rasa seperti tersisih dari keluarga
Anak2 mahukan segalanya sempurna dalam hidup mereka. Jika dia rasa dirinya terabai, dia akan memberontak sebagai isyarat kepada kita bahawa kita telah melupanya. 
Ini betul apabila kami melayan baby lain, confirm Irfan akan buat perangai nak kan perhatian. Alahai, macam mana la nk tambah adik ye Irfan?

10. Dia mahukan sesuatu dari kita
Kadangkala anak2 memberontak kerana dia mahukan sesuatu dari kita tetapi tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya. 
Betul2..kalau tak bagi apa yang Irfan nak, confirm berguling2 atas lantai ! Ahakss..


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. hihi, kekadang tangisannya buat mama hilang sabar jugak, mengade-ngade cikgu... hihih

    ReplyDelete
  2. Ya, saya setuju. Seperti anak murid kita juga kalau dia terlebih aktif di dalam kelas, maknanya tu dia nak perhatian kita.

    ReplyDelete
  3. betul3,bukan budak2 je..kadang2 remaja pun sama gak..hehee

    ReplyDelete
  4. Nice sharing... Memberontak cara bdk2 malhirkan perasaannya..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.