PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan

June 27, 2014


PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan

Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu :

1. Perancangan (10 markah)
: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh. 
: Perancangan merangkumi :
  • Jadual Kerja
  • Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah)
: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
: Proses awal perlulah ada :
  • sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian
  • senarai rujukan
  • gambar jika berkenaan

3. Proses Akhir (70 markah)
: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
  • Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat. 
  • Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
  • Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh. 

Tempoh masa yang diberi adalah dari 1 hingga 18 Julai 2014. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

31 comments

  1. salam cikgu..; nampaknya makin susah pulak skrg ni murid belajar..; kalau dulu subjek geografi kena lebih menghafal peta saja..

    apa pun cara/kaedahnya..sesuatu yg terbaik adalah untuk mereka juga..semoga guru2 terus semangat berkorban masa dan tenaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perubahan selari dgn perkembngn semasa,harap pelajar dpt la buat kajian kes ni ;)

      Delete
  2. Rindu la dgn geografi ni..pmr dulu smpai nk muntak bca soalan objektif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN mmg suka sgt subjek geo sbb cikgunya best ;)

      Delete
  3. dulu akak memang minat subjek geo sebab cikgunya baik :)

    ReplyDelete
  4. Dh mula dh tugasan pt3 kan... Tahniah CN, smngt lebihdr pljar..

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu. Bagi bahagian takrifan, saya perlu buat takrifan pencemaran alam sekitar atau pencemaran yang telah saya pilih(contohnya pencemaran air)?

    ReplyDelete
  6. pentakrifan pencemaran yang dipilih. kalau pilih pencemaran air ...buat takrifan pencemaran air. wiki kan ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu,utk takrifan boleh amik dkt internet je ;)

      Delete
  7. tolong saya cikgu! saya tak tahu macam mana buat pengagihan kerja,objektif kajian ,dan kaedah kajian!bagilah sikit idea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadual kerja mengandungi pengagihan keje, objektif kajian berdasarkn soalan kamu dan kaedah 3 sudah la ..

      Delete
  8. Cikgu semua perkara di atas 👆perlu dibuat dalam helaian kertas atau buku folio ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. helaian kertas dan distapler mjadi 1 folio ;)

      Delete
  9. Cikgu ? Pengagihan kerja tuu mcm mne ? Dah cari tapi langsung tak jumpa, harap cikgu bole tolong :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengagihan keje dalam bentuk jadual kerja, boleh tanya cikgu geografi kamu yer ;)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. Cikgu, apakah format jadual kerja? Dalam bentuk karangan ke?

    ReplyDelete
  11. tumpang tanye sekejap cikgu~~ proses akhir itu ialah dalam bentuk ape ye?? :)

    ReplyDelete
  12. cikgu tak de pencemaran air ? semua udara ... ._.

    ReplyDelete
  13. cikgu...rumusan perlu dibuat x? sbb cgu geo sye ckp tak pyh buat..sye kelirulah

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum cikgu..saya nak tanye ,cikgu cakap yang pengagihan kerja tuh digalakkan untuk buat dalam bentuk carta alir kan???boleh x tolong terangkankan macam mana nak buat carta alir tuh bersama dgn isi-isi??? pliss komen ASAP...tqvm cikgu......

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum cikgu...sye nk tnye boley x terangkan macam mana nk buat pengagihan kerja tuh dlm bntk carta alir bersama dgn isi-isinya sekali???pliss komen ASAP...tqvm cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengagihan keje dlm bentuk carta alir adalah format thn lps, thn ni dah tak perlu carta alir. Cuma jadual kerja

      Delete
  16. cikgu, macam mana nak buat jadual kerja dalam bentuk format yang betul????

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadual kerja tiada format yg khusus, yg pentng mesti ada pengagihan masa tugas itu dijalankan dari hari mendapat soalan hingga hari hantar tugasan

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.