PT3 Geografi 2014 : Konsep & Definisi

July 01, 2014


PT3 Geografi 2014 : Konsep & Definisi

Konsep yang diterangkan mestilah dihuraikan dengan tepat dan betul beserta contoh yang relevan. Berikut merupakan konsep/definisi yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar:

Pencemaran Udara : 
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya. 

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik. 

Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.

Sumber : | SINI | SINI |

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Kosong
GOLD
Chantal Gonzales
Redefining..

You Might Also Like

5 comments

  1. cikgu nak definisi pencemaran bau boleh? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencemaran bau merupakan satu perbuatan yang boleh mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan bau yg x disenangi sehingga memberikan kesan ngative kepada haiwan dan juga manusia.

      Delete
    2. Ok gak definisi ni,cuma tambhkan cth yer

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.