Majlis Ramah Mesra Geng Cikgu Cun

August 16, 2015

Majlis Ramah Mesra

Kawan baik tido setilam, makan semangkuk dan gelak tawa suka duka memang tidak akan dilupakan. Walaupun CN jauh berada di bumi Selangor, bff di KL memang tidak dilupakan. Walaupun masih aktif bergosip di grup wasap Cikgu Cun, aktiviti bersua muka wajib dibuat. 

Sempena hari raya yang mulia, bff CN Cikgu Liana (gambar bawah bertudung purple memangku anak) menganjurkan Majlis Ramah Mesra di rumahnya di Bukit Idaman. Pelbagai menu sedap homemade by Cikgu Liana memang memuaskan hati dan perut. 

cikgu cun, gathering, majlis ramah mesra
Tapi yang kelakar, bila cikgu-cikgu berkumpul memang tak lari dari cerita tentang sekolah. Lagi-lagi tentang FROG sebab SMK St Mary antara top sekolah di KL tentang FROG. Cikgu Rafeah yang bertudung pink tu merupakan antara mastermind FROG di SMK St Mary. Berkat perkongsiannya juga CN berjaya mengaktifkan FROG di sekolah CN juga. Cuma untuk mencapai tahap SMK St Mary tu memang jauhlah. 

Selain itu, cerita wajib juga adalah tentang tugas Setiausaha Kokurikulum sebab Cikgu Suriana yang ketawa besar di atas berbaju blause biru tu menggantikan tempat CN sebagai Setiausaha Kokurikulum. Lagi-lagi mantan PK Kokurikulum yang berbaju putih tu iaitu Cikgu Noorhasmawati telah berpindah sekolah. Jadilah sesi meluahkan perasaan. Alahai kakakku..hehe

cikgu cun, gathering, majlis ramah mesra

cikgu cun, gathering, majlis ramah mesra
Irfan dan Alif (anak Cikgu Liana) walaupun lama tak berjumpa, tapi tetap mesra

cikgu cun, gathering, majlis ramah mesra
Bilik Alif yang dijadikan mini taman permainan oleh budak-budak ni

cikgu cun, gathering, majlis ramah mesra
CN dan Cikgu Liana. Ex-roommate CN. 
Thanks Yana untuk majlis yang simple tapi amat bermakna. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.