Busuknya bau tumisan !!

September 06, 2015

Ragam Ibu Mengandung


Bila preggy, CN pasti akan mengalami mabuk-mabuk dan tak tahan bau tumisan. Serius apa-apa tumisan yang melibatkan minyak panas pasti akan meloyakan CN ! Entah kenapa, busuk sangat bagi CN..lagi-lagi bau ikan goreng, pasti berselubung dengan tuala menutup hidung! Tapi alhamdulilah, part makan okay pulak. Tekak boleh je terima makanan bergoreng, cuma hidung tak tahan bau ketika proses memasak je.

ragam ibu mengandung

Eh! Kalau tak boleh bau siapa pula yang memasak ye? 

Siapa lagi, mestilah Encik Suami tersayang. Bersyukur sangat dapat suami yang boleh memasak, siap boleh demand nak makan apa lagi taww !! CN harap sangat cepatlah berakhir mabuk-mabuk ni, nak fokus kembali kepada blog sebab bulan Ogos agak menjunam UV blog gara-gara mabuk tengok laptop

Doakan CN cepat okay ye sebab tangan dah gatal nak blogwalking blog rakan-rakan blogger yang rajin mengomen di blog CN walaupun CN tak berkesempatan untuk membalas kunjungan. InsyaAllah bila dah okay nanti CN akan boom komen ye.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

  1. alahai kesiannya CN...sabar la yer hadapi trimester awal mengandung ni..rindu plak akak nak rasa sebab x pernah rasa mabuk...dah 11 tahun dah..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dari follower ke 1058....take care CN :)

    ReplyDelete
  3. bestnya peknen.. ^_^
    smge akk terus hadapi dgn mencabar.caiyok kak..time ni la nk jdik raja

    ReplyDelete
  4. Heheh. Bau je tak boleh,makan boleh :D

    ReplyDelete
  5. Bgs lah suami pandai msk..hehe

    ReplyDelete
  6. moga cepat la ilang mabuk tumisan tu ye CN.
    sib baik hubby ada bantu :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.