PT3 GEOGRAFI 2016 : Kerangka Pelaksanaan Tugas

July 14, 2016

PT3 Geografi 2016 kali ini mengkehendaki calon untuk menyediakan 1 kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal/sekolah calon. Berikut merupakan kerangka pelaksanaan tugas sebagai panduan kepada calon. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


Kerangka Pelaksanaan Tugasan


Terdapat 3 bahagian dalam tugasan PT3 Geografi iaitu :

1. Perancangan (10 markah)

: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh. 
: Perancangan merangkumi :
  • Tajuk
  • Jadual Kerja
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah)

: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
: Proses awal merangkumi :
  • Borang Soal Selidik/Temubual (10-20 responden)
  • Data
  • Masalah
  • Cadangan penambahbaikan

3. Proses Akhir (70 markah)

: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
  • Konsep (5 markah) : Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan beserta contoh.
  • Jadual (5 markah) : Mempunyai data, tajuk & sumber
  • Graf/Carta pai (15 markah) : Graf/Carta pai dibina lengkap dan tepat. Ada justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran.
  • Masalah (20 markah) : Mengenalpasti dan menghuraikan tiga atau lebih masalah yang relevan dan tepat
  • Cadangan penambahbaikan (20 markah) : Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta rasional
  • Penilaian umum (2 markah) : Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis. 

Tempoh masa yang diberi adalah dari 18 hingga 29 Julai 2016. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.