Krabi hotel adalah antara destinasi percutian target CN

November 24, 2016

Krabi adalah antara destinasi percutian target CN. InsyaAllah, bila BabyDhia dah besar sikit, memang akan menjejakkan kaki ke sana. Kalau nak bercuti ke pulau, lagi-lagi tempat jauh kena naik flight, mestilah sekurang-kurangnya 4 hari di sana, barulah berbaloi ! Jangan risau tentang flight dan penginapan, semuanya ada di https://www.traveloka.com/en-my/. Ada banyak promosi menarik lagi-lagi hujung tahun ni tau. CN yang saja-saja duk survey pun rambang mata tengok promosi menarik di sana. Jangan risau tentang perancangan last minute, semua boleh setle hanya di hujung jari!

hotel krabi, percutian mewah, bercuti ke krabi, percutian bajet ke krabi

Pengalaman percutian 4 hari di Krabi

Ok, meh CN nak kongsi sikit pengalaman kawan CN bercuti 4 hari ke Krabi. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk anda yang dalam perancangan bercuti ke sana.

Ok, so fast forward to our 4 days trip in Krabi. Kitorang dijemput oleh hotel limo sebaik saja touched down di Krabi International Airport. Perjalanan dari airport ke hotel ni tak jauh pun. Lebih kurang 10 km je. I booked Rayavadee Resort, sebuah hotel lima bintang yang terletak di Railay beach sebab orang cakap area ni paling senang nak gerak ke mana-mana since ia terletak berhampiran pusat bandar. Dari apa yang I noticed, walaupun Krabi hanyalah merupakan sebuah bandar kecil, kepadatan hotel di sini dah sama macam hotels di Bangkok. Jadi, untuk korang yang tak sempat nak prebook tempat penginapan, jangan risau sebab banyak gila accomodation kat sekitar area ni. U can find from asrama bajet to posh Krabi hotel. U can just walk in to check in. Once dah sampai resort, I was in an awe to discover how luxurious yet tranquil the resort was. Villa kitorang merupakan sebuah spa pavillion. Equipped with and outdoor Jacuzzi, shower, sun lounges and a gazebo for total relaxation. Semua bilik di sini juga dilengkapi dengan flat screen satellite TV with DVD/CD player and servis wireless internet. Hairdryer, flashlight, slippers and bathrobes as well as tea and coffee making facilities. Signature bath amenities were also provided. Ambient kat sini sangat la tenang dan damai. Dan yang paling penting, romantik sangat. Dapat la I hilangkan stress keje.

hotel krabi, percutian mewah, bercuti ke krabi, percutian bajet ke krabi
Rayavadee Resort : Family pavilion with pool 

Terletak berdekatan pantai yang mempunyai pemandangan yang cantik dan memukau, I rasa bernasib baik sebab pilih resort ni from all other hotels in Krabi. Selain bilik dan kemudahan lain, I juga berpeluang to pamper myself at their spa. Betul la orang cakap, treatment dari spa Thailand is the best! Rasa rejuvanated lepas spend sehari suntuk kat sana. Waktu malam ktorg kat sini dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan pusing bandar. Sempat la shopping pakaian dan cenderamata untuk geng-geng di KL. Semuanya murah, I sampai kena beli extra luggage just untuk isi barang-barang yang baru dibeli. Waktu pagi, habis je sarapan, my husband and I ambik pakej untuk melawat ke taman-taman negara yang berada di sekitar pulau-pulau di sini. Antara seperti Koh Phi Phi, Koh Yao Yai dan Koh Yao Noi. Air jernih tu takyah cakap la, ditambah pula dengan adanya pelbagai jenis kehidupan marin yang lain di samping penduduk tempatan pulau-pulau yang bergantung hidup dengan aktiviti laut ni membuatkan tempat-tempat ini sangat unik. Seharian ktorg buat island hopping dengan pakej yang dibeli daripada resort kitorang.


hotel krabi, percutian mewah, bercuti ke krabi, percutian bajet ke krabi
The Emerald Pool (credit: travelingroundtheworld.com)

On our third day, kitorang ke sebuah hutan simpan yang terletak lebih kurang sejam lebih dari pusat bandar Krabi. Tak sangka, selain laut, Krabi juga kaya dengan kehijauan hutan rimbanya. Dalam hutan simpan ni, terdapat sumber air panas yang berpunca daripada lohong gunung berapi di bawah tanah. Selain itu, terdapat juga sebuah kolam semulajadi yang dipanggil Emerald pool atau Crystal pool. Ramai pengunjung ke sini mengambil peluang untuk menyegarkan badan di samping bergambar di sekitar kawasan ni. Banyak burung-burung yang jarang dilihat juga boleh dijumpai di sini. Lepas habis pusing kawasan hutan simpan di situ, ktorg balik semula ke area Ao Nang beach untuk cari makanan. I boleh guarantee kalau I duduk lama kat sini, lagi bertambah laa berat badan I. Semua hidangan Siam is so irresistable to mee. Haih! The next day, we checked out at 11 am and left Krabi. Ternyata ini merupakan pengalaman percutian yang sangat memorable buat I.  

Fuh ! Eksited kan dengan cerita kawan CN ni? Harap pengalaman percutiannya 4 hari ke Krabi boleh dijadikan rujukan buat anda.

Selamat bercuti !

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. dalam list ni krabi, dtg nya jak tak tau bila... best laut dia

    ReplyDelete
  2. tu la, teringin jugak nak gi krabi ni..tgk gambar cantik2 je tmptnya..

    jemput singgah my blogshop, ada sale instant shawl yg cantik2..

    http://mymodestycloset.blogspot.my/

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.