Soalan PT3 Geografi 2017

July 03, 2017

Setelah puas beraya seminggu, kini calon PT3 2017 berdepan pula dengan Tugasan PT3 Geografi. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, soalan PT3 Geografi 2017 berkenaan dengan kemahiran Geografi iaitu menghasilkan peta lakar. Agak teknikal sebab sejak pelaksanaan PBS, pelajar kurang didedahkan dengan melakar peta lakar. CN harap agar calon PT3 2017 mampu memperoleh A, insyaAllah.

Tugasan PT3 Geografi 2017 : 


Calon dikehendaki menjalankan kajian dan menghasilkan peta lakar di kawasan sekitar tempat tinggal/sekolah anda. Peta lakar merupakan peta yang dilukis berasaskan peta topografi. Peta lakar yang dilukis mestilah menunjukkan ciri-ciri geografi iaitu pandang darat fizikal dan pandang darat budaya.


Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :


3.1. Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian

3.2. Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian

3.3 Lorekkan kawasan yang berpotensi dimajukan dan menghuraikan potensi tersebut.

3.4 Menghuraikan halangan untuk memajukan kawasan berlorek.

3.5 Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek.

3.6 Membentangkan laporan hasil kajian tersebut.  


SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.