Jom cuba resepi biskut 3 bahan

June 11, 2018

Resepi biskut 3 bahan | Seronoknya cuti sekolah ni kan? Ada pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama anak-anak. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama anak-anak adalah membuat biskut atau cookies. Si kecil memang suka rekacipta biskut-biskut ni. Lagi-lagi part menghias biskut tu. Memang kusyuk je budak-budak ni buat. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca resepi biskut 3 bahan yang dikongsi oleh Ana Sue. Kredit gambar kepada beliau kerana hasil biskut CN tidak cantik disebabkan oleh tangan CN yang keras serta anak-anak yang mem'bantu'. Cukuplah biskut tu boleh dimakan dalam sekelip mata ! Hehehe..

Resepi Biskut 3 Bahan


resepi biskut 3 bahan, biskut 3 bahan, biskut mudah 3 bahan, cara membuat biskut 3 bahan, bahan-bahan biskut 3 bahan
Biskut 3 bahan oleh Ana Sue

Bahan-bahan membuat biskut 3 bahan


>> 2 cawan tepung jagung
>> 4 sudu susu pekat
>> 2 sudu butter

Cara membuat biskut 3 bahan


>> Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
>> Bulat-bulatkan kecil dan tekan pakai garpu
>> Hias biskut mengikut citarasa sendiri
>> Bakar pada suhu 160'c selama 20 minit. 

Siap sudah biskut 3 bahan ! Selamat mencuba ! 


resepi biskut 3 bahan, biskut 3 bahan, biskut mudah 3 bahan, cara membuat biskut 3 bahan, bahan-bahan biskut 3 bahan
Biskut 3 bahan

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. wah..mudahnya buat biskut ni..dia rasa macam kuih bangkit la kan...

    ReplyDelete
  2. Mak oiii...senangnyaaaaa......nak cuba buat laa

    ReplyDelete
  3. Senangnyaaaa, 3 bahan je. Menarik!

    ReplyDelete
  4. Senang tahun depan boleh buat ni xlarat dah huhuhu

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.