Apakah barang dikecualikan SST 2.0?

September 02, 2018

SST 2.0 | Sana sini orang bercerita tentang SST 2.0. Barang itu kena SST lah, barang ini kena SST lah. Macam-macam versi. Menurut lamanweb MySST, berikut merupakan antara barang dikecualikan SST 2.0. Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, senarai barangan yang dikenakan cukai jualan & perkhidmatan (SST) masih belum dimuktamadkan sepenuhnya kerana beberapa pindaan mungkin terpaksa dilakukan bergantung kepada maklum balas yang diterima daripada orang ramai. 

"Kita sebenarnya terpaksa laksanakan juga SST ini pada 1 September. Tak ada pilihan. Kalau kita tak laksanakan, kita dalam defisit dan tak cukup duit untuk bayar hutang. Kita buat ini (SST) untuk hapuskan GST. Tapi kita bersedia untuk buat pindaan lagi hujung tahun ini selepas mendapat respon daripada orang ramai" - Lim Guan Eng

barangan tidak dikenakan sst, barang dikecualikan sst, sst, sst 2.0, apakah sst, pelaksanaan sst,
Antara barangan dikecualikan SST

Barang Dikecualikan SST 2.0


Lebih 5,443 barangan dikecualikan SST. Antaranya adalah :

>> Kebanyakan barangan makanan harian seperti telur, ikan, ayam, daging, minyak masak dll.

>> Kebanyakan barangan keperluan bayi seperti susu formula bayi, lampin pakai buang & botol susu.

>> Insuran kesihatan untuk individu

>> Ubat, vitamin & kerusi roda

>> Gas Petroleum Cecair (LPG) serta barang-barang pembunuh serangga

>> Servis penyelenggaraan

>> Perkhidmatan pembinaan & kos bahan binaan

>> Fi traksaksi perbankan

>> Tambah nilai prabayar

>> Bingkai cermin mata

>> Fi doktor di hospital swasta

>> Motosikal bawah 250cc

>> Tiket wayang & taman tema

barangan tidak dikenakan sst, barang dikecualikan sst, sst, sst 2.0, apakah sst, pelaksanaan sst,
Antara barangan dikecualikan SST



Maklumat lanjut mengenai SST


Hubungi talian telefon seperti berikut : 03-83237499 / 03-83237522


barangan tidak dikenakan sst, barang dikecualikan sst, sst, sst 2.0, apakah sst, pelaksanaan sst,


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah, kebanyakan barangan dan produk untuk pengguna tidak dikenakan SST. Terima kasih cikgu sebab kongsikan info bermanfaat ini.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.