Ubat batuk mana yang terbaik?

November 18, 2018

Ubat batuk mana yang terbaik | Sering kali apabila CN diserang batuk, memang akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Kadang-kadang sampai berbotol ubat batuk malah aneka brand CN makan tapi batuk tetap tidak pulih. Persoalannya disini, ubat batuk mana yang terbaik? Adakah ubat batuk dengan kandungan 'dadah' yang tinggi terbaik atau ubat batuk herba? Disini CN dapat jawapannya dari seorang doktor. Dibawah merupakan penerangan doktor tersebut tentang pemilihan ubat batuk terbaik.

Pemilihan ubat batuk terbaik


Macam mana anda decide, ubat batuk apa yang sesuai untuk anda? Untuk anak anda? Ubat batuk kebanyakannya boleh di beli di farmasi atau kedai ubat tanpa prescription ( over the counter , OTC medicine ). Sebab ia kategori OTC, maka ada yang salah beli sebab salah info atau tiada ilmu.

ubat batuk mana yang terbaik, ubat batuk bagus, ubat batuk sesuai, ubat batuk, pemilihan ubat batuk
Ubat batuk herba yang bagus untuk ibu mengandung, pesakit diabetis & kanak-kanak bawah 2 tahun. Ianya tidak mengantuk


Kita bahagikan kepada 2 bahagian utama dulu :

1) Kanak kanak bawah 2 tahun
2) Kanak kanak lebih 2 tahun  hingga dewasa.

Untuk kanak kanak bawah 2 tahun, senang aja formula ubat batuk nya: TIADA UBAT BATUK UTK KANAK KANAK  KURANG 2 TAHUN.

Habis tu kalau baby batuk tak payah ubat la? Ya. Boleh biarkan aja?
Jawapan nya pantau batuk nya, dan bawa jumpa doktor kalau batuk berlarutan atau batuk dan ada simptom lain seperti demam atau batuk ada bunyi luar biasa seperti wheezing. 

Untuk kanak kanak 2 tahun ke atas hingga orang dewasa, bagaimana kita tentu kan ubat batuk apa yang sesuai? 


ubat batuk mana yang terbaik, ubat batuk bagus, ubat batuk sesuai, ubat batuk, pemilihan ubat batuk
Ubat batuk untuk batuk berkahak. CN selalu dapat ubat ni kalau pergi hospital 😉


So, secara mudah, untnk kanak kanak 2 tahun ke atas dan dewasa, terdapat 4 kelas ubat batuk:

1) EXPECTORANT
2) ANTITUSSIVE 
3) HERBAL BASED
4) ANTIHISTAMINE

EXPECTORANT
=============
Ubat batuk expectorant ni fungsi nya untuk mencairkan kahak atau memudahkan kahak di keluarkan. Kita gunakan ubat batuk expectorant kalau batuk berkahak ( productive cough).

Ada beberapa kelas pula Expectorant ini, tapi utk orang awam, tak perlu anda tahu, nanti makin pening kepala pula. Cukuplah kalau anda tahu nama nama expectorant yg biasa di gunakan dalam ubat batuk ( Baca label ubat, cari nama bahan aktif nya) :

* Bromhexine
* Guaifenesin
* Carbocysteine
* Sodium Citrate
* Potassium Iodide
* Ambroxol
* Ammonium Chloride

So, kalau pada botol / kotak ada nama salah satu bahan aktif ni, maka ianya ubat batuk Expectorant. Dan ada ubat batuk yang memang brand name nya pun di letakkan perkataan  "expectorant" untuk pengguna mudah faham. Contohnya Syrup Bena Expectorant

Ubat batuk expectorant ada dalam bentuk cecair ( syrup) dan juga pil.
Antara contoh  brand name ubat batuk jenis expectorant yg biasa di Malaysia antara nya:

- Syrup Rhinatiol
- Syrup Mucoprom
- Tablet Mucinex

ANTITUSSIVE
============
Ubat batuk antitussive dikenali juga sebagai 'cough suppressant '.
Ia di gunakan untuk batuk kering / batuk tanpa kahak ( dry cough / non productive cough). Ia akan mengurangkan reflex batuk kita. So ubat batuk antitussive amat berguna untuk batuk kering yang mengganggu terutamanya waktu malam.

PERINGATAN: - Jangan guna ubat batuk jenis Antitussive kalau batuk berkahak. Sebab ia akan block cough reflex, maka kita akan kurang batuk, sedangkan dalam kes batuk berkahak, kita perlu kan batuk itu utk mengeluarkan kahak. Kahak yg terkumpul makin banyak, meninggi kan risiko bakteria membiak, dan boleh akibatkan jangkitan lebih serius seperti Pneumonia.

Ada beberapa kelas pula Antitussive ni, dan seperti biasa, anda orang awam tak perlu pening kepala nak tahu. Cukup lah kalau tahu nama nama antitussive yg ada dalam pasaran ( Baca label utk bahan aktif ubat) :

* Dextromethorphan, DM atau DXM
* Pholcodine
* Codeine
* Noscapine

Yang paling banyak dalam market ialah ubat batuk antitussive jenis Dextromethorphan. Tak caya, cuba baca label. Antitussive pun ada dalam bentuk cecair ( syrup ) dan juga pil.

Antara contoh brand antitussive yg biasa di Malaysia:

- Syrup Sedilix DM
- Syrup Tussidex Forte
- Syrup Cough-En.
- Tablet Copastin

HERBAL BASED
==============
Ubat batuk herba pun banyak dalam market. Yang paling famous antara nya Syrup Prospan. Ubat ubat batuk herba ni gunakan herba /daun sebagai active ingredients nya. 

Ubat batuk Cap Kelapa Laut Afrika pun dalam kategori ini. Dan ubat batuk Cap Ibu & Anak. Ubat ubat ini dah di gunakan bergenerasi lama nya.

Bagus nya ubat batuk herba ni ialah ia tak mengantuk. Dan di anggap selamat untuk di gunakan oleh pregnant women. Prospan sesuai untuk kanak kanak > 2 tahun yang batuk biasa ( uncomplicated / non productive cough). Dan kebanyakkan ubat batuk herba adalah low sugar atau tiada gula, so sesuai untuk patient diabetes.

ANTIHISTAMINE
=============

Ubat batuk pun ada guna bahan antihistamine sebagai bahan aktif untuk redakan batuk. Ubat antihistamine 1st Generation di dapati berupaya mengurangkan batuk / ada kesan ala antitussive. 

Contoh antihistamine 1st Generation yg biasa di gunakan dalam ubat batuk ialah Diphenhydramine.  Diphenhydramine ini mengantuk.  (Semua ubat anti histamine 1st Gen adalah mengantuk). Promethazine sebagai antihistamine pun ada di gunakan sebagai ubat batuk. 

Contoh ubat batuk yg guna antihistamine, antaranya:

- Syrup Benadryl 

Ada juga kombinasi 2 / 3 kelas ubat batuk dalam satu botol / satu pil. 
Contohnya:

- Sy Sedilix DM  ialah kombinasi antitussive ( Dextromehorphan ) + antihistamine ( Promethazine) + Pseudoephedrine

*Apa itu Pseduoephedrine? Ianya ialah bahan stimulant yang di gunakan sebagai Decongestant. Apa maksud Decongestant? Decongestant ialah ubat yang digunakan untuk melegakan hidung yang tersumbat. So ubat batuk Sy Sedilix DM ini boleh di gunakan untuk batuk kering + clear kan hidung tersumbat.

- Sy Mucoprom ialah kombinasi  antihistamine ( Promethazine)  + expectorant ( Carbocysteine)

- Tablet Cofdex ialah ubat batuk pil  yang guna kombinasi antihistamine ( Chlorpheniramine) + antitussive ( Dextromethorphan) 


NOTA PENTING UTK PERHATIAN:
==========================

Ada beberapa point penting yang kita perlu cakna /beritahu doktor bila kita nak guna ubat batuk.

1) Jangan guna ubat batuk jenis  Antitussive untuk batuk berkahak.

2) Kalau ada Diabetes, jangan guna ubat batuk yang tinggi gula. Cari preparation yang tiada gula.  Contohnya guna Sy Mucoprom yg sugar- free. Ataupun guna Syrup Prospan.

3) Ubat batuk antitussive & expectorant tak boleh digunakan SERENTAK. Namun ia boleh di gunakan dalam waktu yang berbeza..contohnya pagi /siang  guna ubat batuk expectorant, dan waktu malam bila less kahak dan payah nak tidur terganggu oleh dry cough, kita guna ubat batuk antitussive.

4) Kalau guna ubat batuk yang ada Decongestant, kena hati hati bagi yang ada penyakit darah tinggi / penyakit jantung, dan mereka yang ada penyakit Hyperthyroid. Ini kerana ubat Decongestant ialah stimulant, dan ia boleh menaikkan tekanan darah & kadar degupan jantung. Decongestant juga mampu menaikkan paras gula, makan yang ada Diabetes use with caution.

5) Kadangkala, kita tak perlukan langsung ubat batuk. Sebabnya, kita batuk bukan sebab ada keradangan pada sistem pernafasan/ tekak. Tapi kita batuk atas sebab lain ( selalunya batuk kering /dry cough).

Contoh nya bagi pesakit Darah Tinggi yg ambil ubat jenis ACE Inhibitor ( eg Enalapril / Perindopril / Lisinopril). Ubat darah tinggi jenis ACE Inhibitor memang boleh bagi side effect dry cough. So kalau anda baru di beri ubat darah tinggi, dan developed batuk kering yg teruk > 2minggu,beritahu doktor anda...mana tau ada dapat ubat jenis ACE Inhibitor.

Contoh lain, pesakit GERD ( reflux disease) akan kerap batuk kering. Ini kerana asid tertolak masuk ke lower esophagus dan beri keradangan pada esofagus---  kesannya, kita batuk.

Dan yang PALING PENTING, sila fahami bahawa batuk tu bukan lah penyakit. Ianya simptom atau respon tubuh badan kita. Secara umum nya, kalau batuk baru sehari dua, takde komplikasi seperti sesak nafas / demam tinggi, biar kan batuk itu dulu. Tak perlu ambil ubat pun. Jangan terlalu gemar guna ubat batuk & expect badan kita kena sihat je sepanjang masa....bagi masa utk badan berehat & biar sistem imun badan kita bekerja....Banyak kan minum air kosong.

Batuk ialah defense mechanism badan kita bila masuk nya virus/ bacteria atau habuk/ bahan kimia menerusi hidung - tekak. Bila benda asing masuk, dinding saluran hidung - tekak - paru2 akan keluarkan lendir / mucus utk perangkap benda2 asing ni....itu yg jadi kahak. So batuk / batuk berkahak itu bagus sebenarnya.



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.