Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019

March 06, 2019

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 | Dengan sambutan dan maklumbalas yang cukup memberangsangkan pada tahun lalu, McDonald’s Malaysia terus memberi pengiktirafan kepada para guru dengan pelaksanaan anugerah tahunan iaitu Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s. Memasuki tahun ketiga ia dilaksanakan, McDonald’s mengajak orang ramai untuk mencalonkan guru-guru mereka mulai hari ini. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia. 

guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
Calonkan CN sekarang sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2019 tau 

Calonkan Guru Inspirasi Anda Sekarang!


Anda rasa CN layak dianugerahkan sebagai Guru Inspirasi? Boleh je calonkan CN eh, guru inspirasi anda di www.mcdonalds.com.my mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2019


Video Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018



Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s ini telah menerima 3,000 pencalonan daripada rakyat Malaysia pada tahun lalu, manakala 1,000 pencalonan pada tahun 2017. Dari 3,000 pencalonan tahun lalu, 25 orang guru telah menerima anugerah ini dengan kisah-kisah inspirasi mereka dalam mendidik anak bangsa. Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei 2019, McDonald’s berharap dapat menerima lebih banyak pencalonan, yang boleh terus memberi inspirasi kepada warga pendidik, ibubapa dan juga pelajar.

“Di McDonald’s, kami komited untuk mendekati dan menyumbang semula kepada masyarakat. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif yang menunjukkan komitmen kami dalam mewujudkan impak positif dalam komuniti di sekitar lokasi operasi kami,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar ketika memberi ucapan semasa Majlis Perasmian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dilaksanakan secara khusus untuk warga pendidik yang penuh dedikasi dalam mendidik generasi muda, dan pada masa sama membina asas yang kukuh untuk negara yang maju dimasa depan,” tambah Azmir.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, mengiktiraf komitmen & dedikasi guru


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang melancarkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 berkata bahawa anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kerja keras guru, malah komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan untuk memberi yang terbaik melangkaui pembelajaran di dalam kelas.

“Guru merupakan tulang belakang sistem pendidikan negara, dan guru yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki mereka, wajar menerima pengiktirafan istimewa kerana dedikasi sebeginilah yang mampu membentuk minda dan jati diri pelajar, seterusnya membina asas keperibadian diri yang kukuh seseorang pelajar,” tambah Dr Maszlee.


guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan bersama Azmir Jaafar, ketika Majlis Perasmian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019.

“Saya berharap Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s mampu memberi dorongan kepada guru untuk melakukan yang terbaik samaada di dalam mahupun di luar kelas. Saya berharap sebagai anggota masyarakat, kita dapat terus menghargai jasa yang ditaburkan oleh guru dalam mewujudkan impak positif jangka panjang kepada para pelajar yang merupakan peneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan.”



Hadiah wang tunai RM5000 kepada pemenang Guru Inspirasi & baucar hadiah RM200 kepada pencolon



Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.

guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
Antara penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun lalu– Cikgu Mohd Azri Elias, Cikgu Wong Lieat Hiong dan Cikgu Romizal Amir bin Rosdi.


Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah:-

  • usaha meningkatkan pencapaian pelajar
  • teknik pengajaran yang inovatif
  • tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar 
  • impak positif guru terhadap diri pelajar. 


guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
Cikgu Mohd Azri Elias adalah salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun 2017

guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
Cikgu Wong Lieat Hiong pula adalah salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun 2018.


Pemilihan pemenang akan dibuat dengan teliti oleh panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald’s, Kementerian Pendidikan Malaysia dan media.


“Rakyat Malaysia secara kolektif telah berkongsi beribu-ribu kisah menarik mengenai guru mereka menerusi pencalonan yang dibuat sepanjang dua tahun lalu. Saya berharap semangat ini akan diteruskan lagi untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s pada tahun ini,” kata Azmir.
guru inspirasi mcdonald 2019, guru inspirasi, anugerah guru inspirasi
YB Dr Maszlee bersama antara penerima anugerah Guru Inspirasi tahun 2017 & 2018 yang hadir ketika Majlis Perasmian  Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019.

Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, McDonald’s juga akan menganjurkan seminar motivasi yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya di beberapa lokasi di seluruh negara. Ceramah motivasi ini akan disampaikan oleh penceramah motivasi terkenal Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Sambutan Hari Guru juga akan diadakan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara sepanjang bulan April ini dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah permainan, sesi bergambar dan jamuan ringan untuk meraikan dedikasi guru-guru ini dalam mendidik generasi masa hadapan.



~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.