Keputusan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019

May 07, 2019

Keputusan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019  | Dalam artikel CN di SINI menceritakan tentang apa itu Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dimana anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia. Agak mendebarkan menunggu keputusannya yang dijangka keluar 13 Mei ini. Lebih 7500 pencalonan untuk tahun ini menunjukkan penghargaan yang leih dari rakyat Malaysia kepada guru-guru di Malaysia. Doakan lah murah rezeki CN, mana tahu rezeki nak raya menang pulak Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019, alhamdulillah ! Hehehehe..

Semoga kami guru-guru SMK Telok Panglima Garang mampu memberi inspirasi kepada hampir 3k pelajar di sekolah ini, insyaAllah

Guru Inspirasi Cekgu Norazimah


Jika ditanya siapakah guru inspirasi Cekgu Norazimah, tanpa teragak-agak CN akan menjawab arwah Cikgu Aznin. Arwah meninggal tahun lepas kerana sakit kanser tahap 4. Memang sedih apabila tidak berjumpa arwah buat kali terakhir. Cuma dengar voice note di whatsapp group ex-class yang dikongsi oleh ex-classmate.

Arwah Cikgu Aznin bertudung cream duduk dari kiri, CN pulak nombor 3 duduk dari kiri. Sebelah arwah adalah bff CN, Azimah Aziz. Gambar ini ketika jamuan akhir tahun tingkatan 3P1


Siapakah Cikgu Aznin? Beliau adalah cikgu Geografi CN ketika Tingkatan 3 & cikgu Sejarah ketika Tingkatan 4 dan 5. Tiga tahun beliau mengajar CN, memang sayang sangat dengan arwah Cikgu Aznin. Sampaikan ketika Tingkatan 5 CN menerima jawatan Pengawas PSS kerana 'dipaksa' oleh arwah. Kelakar bila mengenangkan orang yang tak suka pergi library sekolah boleh jadi Pengawas PSS! Kerana Cikgu Aznin kuturutkan tau! Bukan sahaja jadi Pengawas PSS, pakej 'dipaksa' wakil sekolah untuk pertandingan Kuiz PSS Daerah Kuala Langat gituw. Jenuh duk menghafal segala kod tentang library dengan arwah Cikgu Aznin. Memang kenangan terindah bersama arwah.

CN sebelah arwah Cikgu Aznin bertudung merah ketika jamuan akhir tahun 5 Sains


Matapelajaran yang diajar arwah Cikgu Aznin memang CN skor. Masa tingkatan 3, CN antara pelajar dengan markah tertinggi Geografi ketika Peperiksaan Percubaan PMR tau. Masa tingkatan 4 & 5, memang sentiasa skor Sejarah hinggakan SPM dapat A1 untuk sejarah. Aura Cikgu Aznin memang membuatkan CN sentiasa enjoy di dalam kelasnya walaupun ramai cakap Sejarah itu membosankan. Yela, arwah cuma menggunakan teknik chalk & talk je, tak ada pun guna komputer powerpoint bagai. Tapi kelasnya sentiasa menyeronokkan kerana unsur kecindan ketika pengajarannya.

CN ingat lagi, arwah selalu membaca sambil kami menulis nota yang diberi. Memang jenuh menulis tapi buku nota Sejarah sentiasa kemas & cantik tau. Jika arwah Cikgu Aznin hidup lagi, sudah tentu CN akan calonkan beliau untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019. Sedih bila mengenangkan cikgu kesayangan sudah pergi menemui Allah SWT. Semoga roh arwah dicucuri Rahmat-Nya, aminn.

  #AnugerahGuruInspirasiMcDonalds   #AnugerahGuruInspirasi  #HariGuruMcD  #TerimaKasihCikgu

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.