Jangan suka-suka hati beli ubat tahan sakit tanpa pantauan

June 08, 2019

Jangan suka-suka hati beli ubat tahan sakit tanpa pantauan | Zaman sekarang bukan sahaja produk sampah yang boleh rosakkan buah pinggang, malah ramai pulak yang sesuka hati beli ubat jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs) seperti Ponstan (Mefenemic Acid), Voltaren (Diclofenac), Ibuprofen dan beberapa jenis lagi. Tolonglah jangan beli tanpa pantauan. Lagi-lagi untuk ibubapa yang sudah berumur.  Risiko untuk mereka sangat tinggi. Ubat jenis ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman melalui usus juga; selain daripada merosakkan buah pinggang.


ubat tahan sakit, keburukan ubat tahan sakit, jangan ambil ubat tahan sakit
Jangan suka-suka hati beli ubat tahan sakit tanpa pantauan


Jangan suka-suka hati beli ubat tahan sakit tanpa pantauan


1.  Selesaikan punca kesakitan tersebut. Jangan bergantung ubat kecuali di bawah pantauan Doktor Pakar.

2. Cuba guna ubat tahan sakit jenis lain dahulu sebelum guna ubatan jenis ini.

3. Beritahu Doktor anda dan boleh mereka pantau. Tak payah sorok-sorok yang anda beli ubat tempat lain.

4. Kalau ada penyakit kronik buah pinggang tolong beritahu yang anda ada masalah ini. Kalau makan juga, walaupun sebiji, fungsi buah pinggang boleh rosak habis. Masa itu, jangan tanya macamana nak pulihkan; sebab memang tak boleh.

Cegahlah sebelum terlambat.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Buah Pinggang


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Sebaiknya rujuklah pada yang pakar.

    ReplyDelete
  2. skrg nie kena hati2 kalau nak beli mana2 ubat.. paling bagus trus jumpa doktor... kesihatan yg penting..

    ReplyDelete
  3. jangan sesekali cuba merawat sendiri penyakit tanpa merujuk mereka yang berpengetahuan.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.