Mr Manshor Kopitiam Power

January 28, 2020

Mr Manshor Kopitiam Power | Siapa penggemar kopi meh sep sikit ! Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda kopi power yang sedap dan mesti cuba iaitu Kopi Manshor. Secawan kopi Manshor panas ni memang sangat kaw. Kalau anda tak tahan manis, mesti order air kosong tau, rasa tinggg kepala tu selepas sehirup kopi hokay. Nak selamat, minum pakai sudu, rasa bahagia je.


Kopi Manshor, mesti cuba !

Mr Manshor Kopitiam Power, kopi manshor, kopi power,resepi kopi manshor, kopi mansur menu, lokasi kopi manshor, harga kopi mansor
Secawan kopi manshor RM8 (panas) dan RM9 (sejuk)

Mr Manshor Kopitiam Power yang terletak di Paroi ini memang terkenal di kalangan rider. Bak cakap Encik Suami, bukan rider sejati lah kalau tak kesini ride dan lepak dengan secawan Kopi Manshor! Yela tu, CN yang naik kereta dari Banting ke sini pun rasa sakit pinggang, nak ride memang tidak lah! 

Hokay, macam mana rasa Kopi Manshor ni? Bagi CN, rasa kopi dan coklat, tapi kopi tu kaw lah. Memang kena sangat dengan tekak CN yang hantu kopi ni. Sedap ! 

Video Review Kopi Manshor





Jika anda tak suka kopi, jangan risau, ada banyak menu lain. Macam si Irfan ni duk order teh o ais je. Wajib order mee udang galah, sedap! Dhia Zahra pulak nak makan nasi lemak, jadi CN order nasi lemak ayam berempah. Not bad rasanya. Harga pun cuma RM6 sahaja. Irfan pula order nasi putih dengan sup ayam. Tapi sup ayamnya penuh rempah, tak kena tekak dengan anak bujang CN sorang ni. Yela, dah biasa dengan sup ayam kedai thai, dapat kali ni sup ayam berempah, terkejut lah budak tu! 

Mr Manshor Kopitiam Power, kopi manshor, kopi power,resepi kopi manshor, kopi mansur menu, lokasi kopi manshor, harga kopi mansor
Encik Suami paling excited jumpa mee udang galah

Paling CN suka dekat sini, parking banyak! Tempat luas dan selesa. Berbaloi lah perjalanan sejam lebih dari Banting ke Paroi semata-mata untuk JJCM Kopi Manshor


Mr Manshor Kopitiam Power, kopi manshor, kopi power,resepi kopi manshor, kopi mansur menu, lokasi kopi manshor, harga kopi mansor
CN pinjam jab mee udang galah Encik Suami sebab CN order nasi lemak ayam berempah. Sedap dan kenyang gilos ditambah dengan kopi Manshor, pergh, tak boleh jalan rasanya ! 

Mr Manshor Kopitiam Power, kopi manshor, kopi power,resepi kopi manshor, kopi mansur menu, lokasi kopi manshor, harga kopi mansor
Muka puas hati kekenyangan


Mr Manshor Kopitiam Power, kopi manshor, kopi power,resepi kopi manshor, kopi mansur menu, lokasi kopi manshor, harga kopi mansor
Dhia Zahra excited nak minum kopi katanya

Harga Kopi Manshor


Okay, harga secawan kopi manshor untuk panas RM8 dan sejuk RM9. Sangat murah jika dibandingkan dengan kopi S******k, hehehe.  Menu-menu lain masih pada harga mampu bayar tau. Jangan risau. 

Jika anda penggemar kopi, CN cadangkan untuk anda mencuba sendiri Kopi Manshor ni. Bak cakap Boboiboy, terbaikkkk ! 

Mr Manshor Kopitiam Power, kopi manshor, kopi power,resepi kopi manshor, kopi mansur menu, lokasi kopi manshor, harga kopi mansor
Menu yang diorder oleh kami, 2 cawan kopi manshor panas, secawan kopi manshor sejuk, mee udang galah, nasi lemak ayam berempah dan nasi sup ayam berempah. 

Lokasi Mr Manshor Kopitiam Power


Hokay, di sini CN kongsikan lokasi Mr Manshor Kopitiam Power yang terletak di Paroi. Memang tepi jalan je, senang nak jumpa. 


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.