Resepi Brownies Tanpa Telur mudah dan ringkas

January 27, 2020

Resepi Brownies Tanpa Telur | Brownies ataupun bahasa kampungnya kek bantat memang sedap. Kebanyakan resepi brownies menggunakan bahan premium. Memang jenuh lah kena beli sebelum nak buat kan. Kali ini CN akan berkongsi dengan anda resepi brownies tanpa telur. Hah! Sebenarnya macam ni, CN teringin nak makan kek coklat, tapi telur dah habis dekat rumah. Nak keluar beli telur, alahai malasnya! Jadi lah resepi kek coklat bantat atau pun rupa dah macam brownies. Belasah jela, janji sedap hokay.

brownies tanpa telur, kek tanpa telur, resepi kek tanpa telur, kek coklat tanpa telur, resepi brownies, resepi kek coklat mudah, resepi kek coklat tanpa telur
Brownies tanpa telur by CN. Try lah, sedap hokay


Resepi Brownies Tanpa Telur


Amacam, hokay kan rupa brownies CN ni? Hokay lah untuk first timer katanya. Bahan-bahan nak buat brownies tanpa telur ni pun murah dan sentiasa ada di rumah. Jadi, tak ada masalah nak buat lagi lepasni. 

Jom CN kongsikan bahan-bahan dan cara membuat brownies tanpa telur yang sangat mudah ini. 

Bahan-bahan brownies tanpa telur 


>> 1 cawan tepung gandum
>> 1/2 cawan serbuk koko
>> 1 sb tepung jagung
>> 1/2 sk soda bikarbonat
>> secubit garam
>> 3/4 cawan gula perang (boleh nak kurangkan kalau tak suka manis-manis)
>> 1/4 cawan mentega dicairkan (CN guna Planta, kalau tak ada guna minyak masak pun boleh)
>> 1 cawan susu cair
>> kepingan badam (sebab tak ada badam dekat rumah, CN guna coklat rice je, hehehe)


brownies tanpa telur, kek tanpa telur, resepi kek tanpa telur, kek coklat tanpa telur, resepi brownies, resepi kek coklat mudah, resepi kek coklat tanpa telur
Rupa brownies tanpa telur setelah dibakar. Nampak tak kedut-kedut sikit tu, jadi lah ! Hehehe..

Cara-cara membuat brownies tanpa telur


>> Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan
>> Pukul gula, mentega cair dan juga susu cair dengan menggunakan whick sehingga sebati.
>> Masukkan bahan yang telah di ayak tadi
>> Kacau sehingga adunan sebati
>> Masukkan ke dalam loyang yang sesuai dan tabur badam sebagai hiasan jika suka
>> Panaskan oven dahulu. Kemudian bakar pada suhu 150° c selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. 

Amacam, mudah kan resepi brownies tanpa telur ni. Tak perlu guna coklat premium bagai. Janji rasa sedap.

Selamat mencuba !


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.