Untung beli tanah lot banglo semasa muda untuk buat rumah di kemudian hari

February 06, 2020

Beli tanah lot banglo | Selalu dengar orang tua cakap "Sementara muda ni, beli lah tanah, buatlah rumah". Ya, sementara muda ini lah masa paling tepat untuk membeli tanah sama ada sebagai pelaburan atau untuk dibina rumah idaman. Harga tanah saban tahun semakin meningkat, memang rugi sangat jika kita terlepas peluang untuk mengumpul aset ini.

Di Selangor sendiri, harga tanah dan rumah meningkat berganda-ganda saban tahun. Ayah mertua CN sendiri membeli rumah di Banting pada harga cuma RM20k dua puluh tahun dulu, kini harga rumah tersebut mencecah ke RM200k! Dan harga rumah tersebut akan meningkat saban tahun di sebabkan oleh harga tanah yang meningkat. Harga tanah meningkat pula disebabkan oleh lokasi tanah tersebut yang berkepadatan penduduk tinggi dengan pelbagai kemudahan yang pesat di kawasan rumah tersebut. Jadi, tak salah jika CN katakan bahawa pelaburan dalam hartanah ini sememangnya menguntungkan bukan?


tips beli tanah, tips beli tanah lot banglo, tanah lot banglo, Limastiga Homestay Melaka, Hillside Cottage Cameron Highland, cara membeli tanah di selangor,
Untung beli tanah lot banglo semasa muda untuk buat rumah di kemudian hari

Ramai tak tahu kelebihan beli tanah semasa masih muda di Selangor. Ini caranya...


Sementara umur masih muda, paling penting untuk kumpul aset untuk kemudahan di kemudian hari. Antara menjadi trend di tempat CN iaitu di Kuala Langat ini adalah membeli tanah lot banglo. Berbeza dengan tanah lot biasa, tanah lot banglo lebih besar & ruang luas. Walaupun rumah dibina bukan lah rumah banglo, tapi kawasan luas sekeliling rumah boleh dibuat tempat parking kereta ataupun kawasan bercucuk tanam. Memang berbaloi bila membeli tanah lot banglo ini.

Jika anda membeli tanah lot banglo pada usia muda, tempoh peminjaman bank adalah panjang. Jadi bayaran bulanan tidak lah terlalu tinggi berbanding jika anda membeli pada usia yang lewat. Pemilihan kawasan juga memainkan peranan penting semasa hendak membeli tanah lot. Mungkin semasa membeli tanah tersebut pada masa sekarang, anda hanya bercadang untuk membina rumah semasa pencen. Tetapi mana lah tahu 5 tahun akan datang, harga tanah lot yang dibeli melambung tinggi. Anda boleh jualkannya. Nampak tak untung disitu?

Tempat CN di Kuala Langat adalah berjiran dengan Shah Alam, memang harga tanah di Shah Alam sentiasa meningkat saban tahun. Menguntungkan sebenarnya jika anda membeli tanah lot sekarang. Disebabkan ramai yang menjual tanah lot sekitar Shah Alam, pelbagai tawaran menarik yang ditawarkan. Anda hanya perlu bijak menilai siapakah yang menawarkan tawaran yang menarik & menguntungkan.

Jika anda mempunyai hasrat untuk membeli tanah lot banglo di Selangor, anda perlu tahu cara membeli tanah lot di Selangor. Jangan tersilap langkah pulak, takut menanggung hutang di kemudian hari nanti.

tips beli tanah, tips beli tanah lot banglo, tanah lot banglo, Limastiga Homestay Melaka, Hillside Cottage Cameron Highland, cara membeli tanah di selangor,
Rekaan Limastiga Homestay Melaka yang menarik & setanding hotel 5 bintang

Banglo yang kita bina di atas tanah ini pelaburan yang menguntungkan jika kena caranya.


Bila dah ada duit, apa salahnya terus bina banglo di atas tanah lot banglo yang dibeli. Banglo yang kita bina di atas tanah ini merupakan pelaburan yang menguntungkan jika kena caranya. Jika anda tidak mahu tinggal di banglo tersebut, anda boleh jadikan sebagai homestay. Dalam masa yang sama, boleh menjana pendapatan bulanan. Boleh lah buat lepas bayar duit pinjaman. Kalau ada rezeki lebih, siap boleh jadi sebagai sumber pendapatan sampingan pula. Paling menarik jika banglo yang dibina mempunyai kolam renang, pasti akan ramai orang yang akan menyewa untuk bercuti ataupun sebagai tempat gathering keluarga. Almaklumlah, sekarang sudah trend untuk gathering keluarga di homestay banglo. Jadi tak salah jika CN katakan bahawa homestay banglo adalah menguntungkan jika anda bijak membuat pengiklanan.

Kesan jangka panjang pula membina rumah banglo ini adalah harga hartanah yang semakin meningkat. Lagi-lagi bila kawasan banglo tersebut membangun dengan pesatnya, sudah pasti harga banglo tersebut melambung tinggi. Mungkin kos pembinaan banglo anda sekarang cuma RM500k sahaja atas faktor tanah yang murah, mana lah tahu 10 tahun akan datang, harga banglo tersebut meningkat berganda atas faktor kawasan sekeliling yang semakin meningkat. Lagi-lagi jika anda bijak memilih lokasi.

tips beli tanah, tips beli tanah lot banglo, tanah lot banglo, Limastiga Homestay Melaka, Hillside Cottage Cameron Highland, cara membeli tanah di selangor,
Rekaan Limastiga Homestay Melaka yang menarik & setanding hotel 5 bintang

Di Melaka terdapat banyak banglo yang dijadikan sebagai homestay. Antara yang menjadi pilihan CN adalah Limastiga Homestay Melaka. Sudah tentu CN tergoda dengan homestay ini kerana rekaan rumah kayu tradisional melayu ini setanding dengan hotel 5 bintang. Paling awesome, courtyard di tengah siap ada swimming pool. Memang privasi bila kolam renang dibina di tengah-tengah banglo ni. Tak ada lah orang nak mengendap kan? Hehehe.. Anda boleh lihat hiasan dalaman Limastiga Homestay Melaka ini memang seperti dalam drama melayu cerita orang kaya tu. Fuh, banglo idaman CN betul!

Pencahayaan sekitar banglo ini juga menarik & nampak romantik. Sesuai untuk candle light dinner tau. Jika Encik Suami kaya, memang CN sudah mintak rumah banglo seperti ni! Tak keluar rumah pun tak apa. Semua ada dalam rumah gituw.

tips beli tanah, tips beli tanah lot banglo, tanah lot banglo, Limastiga Homestay Melaka, Hillside Cottage Cameron Highland, cara membeli tanah di selangor,
Hillside Cottage di Cameron Highland dengan rekaan berkonsepkan kayu yang menarik

Konsep interior design seperti hotel di Cameron Highland


Selain Melaka yang sentiasa menjadi lokasi utama percutian rakyat Malaysia, Cameron Highland  yang terletak di negeri Pahang juga merupakan antara kawasan tumpuan pelangcong tidak kira dalam atau luar Malaysia. Di Cameron Highland terdapat banyak homestay dengan pelbagai tawaran harga yang menarik. Kebanyakan homestay di Cameron Highland ini juga mempunyai rekaan interior design yang sangat menarik. Di tambah pulak dengan suasana menarik dan cuaca sejuk, nampak seperti di oversea pulak apabila anda bercuti di Cameron Highland.

Antara yang mempunyai rekaan interior design yang menarik perhatian CN adalah Hillside Cottage Cameron Highland. Terletak di Tanah Rata, lokasinya sangat strategik dengan pelbagai tarikan menarik. Pelancong hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke mana-mana. Apa yang menarik tentang Hillside Cottage ini adalah reka bentuk biliknya yang berasaskan kayu seperti di kampung-kampung. Sangat instagrammable!

Sememangnya CN ni memang berjiwa klasik kan? CN memang suka sangat interior design konsep kayu & kampung. Nampak klasik tapi mewah gituw. Tahu tak harga kayu lagi mahal dari harga batu tau.

Paling menarik tentang Hillside Cottage ini, ia dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang mendamaikan. Tenang & bahagia bercuti di sini.

tips beli tanah, tips beli tanah lot banglo, tanah lot banglo, Limastiga Homestay Melaka, Hillside Cottage Cameron Highland, cara membeli tanah di selangor,
Hillside Cottage di Cameron Highland yang terletak di Tanah Rata

Jadi macam mana, anda sudah jumpa idea menarik untuk rekaan banglo idaman anda? Jangan lambat-lambat untuk beli tanah lot banglo sekarang ye. Sememangnya sangat menguntungkan membeli tanah lot banglo semasa umur masih muda.


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. tengah simpan duit jugak ne nak beli tanah lot harap sempat sebelum tua

    ReplyDelete
  2. betul tu.. tapi kat sini susah nak cari tanah lot..

    ReplyDelete
  3. tu lah rugi sangat kalau tak amalkan T_T

    ReplyDelete
  4. Menarik..tahniah jika dah beli lot ya cikgu

    ReplyDelete
  5. mmg betul tu... tp tu la tanah skrg semakin mahal.. payah dah nak jumpa tanah yg murah2..

    ReplyDelete
  6. Sekarang di Selangor kebanyakannya tanah dah mahal sangat-sangat tak mampu kita nak beli

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.