Cikgoo Tube, mudah diakses melalui komputer dan peranti mudah alih

March 25, 2020

Cikgoo Tube | Sempena Perintah Kawalan Pergerakan, apa kata tingkatkan ilmu anak-anak dengan dengan belajar hanya secara online. CN percaya, murid-murid kini berada di rumah dan berkemungkinan tercari-cari bahan-bahan pembelajaran bagi menambah ilmu pengetahuan. BSTP ada menyediakan bahan-bahan dalam bentuk video yang boleh diakses dalam EduwebTV melalui pautan berikut: http://eduwebtv.moe.edu.my/v1/

cikgootube, pembelajaran dari rumah, video pengajaran,e learning, bahan pembelajaran online
CikgooTube

Cikgoo Tube, mudah diakses melalui komputer dan peranti mudah alih

Selain itu, murid-murid juga boleh bertemu dan belajar dengan guru-guru hebat dan cemerlang untuk pembelajaran kendiri dari rumah melalui CikgooTube. Laman ini menghimpunkan sejumlah 6000 video pelbagai mata pelajaran, baik sekolah rendah dan sekolah menengah, mahupun kolej matrikulasi. Koleksi video CikgooTube adalah hasil kreativiti guru-guru dari seluruh negara, termasuklah guru-guru yang cemerlang dan diiktiraf di peringkat global. CikgooTube mudah diakses melalui komputer dan peranti mudah alih di pautan bit.ly/cikgootube.
CN berharap murid-murid dapat manfaatkan masa yang ada di rumah dengan perkara-perkara berfaedah dan berguna untuk diri, keluarga, bangsa dan negara.

Semoga dapat dikongsi dan dimanafaatkan.

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.