10 Kedai Runcit Terbaik Untuk Penghantaran Dalam Talian Apabila Tersekat Di Rumah Kerana Covid

August 28, 2020

Kedai Runcit Terbaik Untuk Penghantaran Dalam Talian | Sejak Pendemik Covid ini, rata-rata orang lebih suka membeli barangan secara atas talian. Almaklumlah, apabila membeli barangan di kedai, risiko terdedah kepada virus amat tinggi. Ini kerana, kita akan memegang pelbagai barang yang juga dipegang oleh ramai orang. Seram apabila difikirkan. Jadi, lebih mudah dan sudah tentu lebih selamat dengan membeli secara atas talian atau online. Kini, bukan sahaja makanan, malah barangan runcit keperluan harian juga turut boleh dibeli secara online. Menariknya, barangan yang dibeli secara online boleh diterima dengan pantas dan murah jika anda rebut tawaran diskaun yang ditawarkan.

Dalam artikel ini CN akan berkongsi senarai 10 pilihan kedai runcit terbaik untuk penghantaran secara online yang mesti anda tahu. Terbaik bagi CN sudah tentu dari segi apps yang mudah digunakan, selamat, dan rate yang tinggi dari pelanggan. Jom kita tengok, mana satu yang pernah anda gunakan. 

kedai runcit online, grocery delivery, online delivery, beli barang runcit online, foodpanda grocery delivery, grocery delivery malaysia
Kedai Runcit Online Terbaik di Malaysia

10 Kedai Runcit Terbaik Untuk Penghantaran Dalam Talian


1. Mydin Online
: Siapa tidak kenal jenama Mydin. Ada pelbagai barangan yang dijual di Mydin dengan harga borong. Kini Mydin turut menawarkan penghantaran barangan runcit secara online dari makanan sejuk beku hingga produk segar, dan peralatan mandian hingga keperluan rumah tangga. Paling menarik, ada pelbagai diskaun menarik apabila anda beli secara online berbanding beli di kedai.

2. Tesco Online
: Seperti Mydin, Tesco juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran secara online barangan runcit. Untungnya beli secara online, bukan sahaja ada pelbagai diskaun menarik, malah lebih murah berbanding anda keluar berbelanja di Tesco store sendiri. 

3. Happy Fresh
: Sekiranya anda mencari tempat yang dekat, Happy Fresh membolehkan anda memilih pasar raya seperti Tesco, Giant, Village Grocer, Mercato, Oliver's Gourmet dan Mydin. Mereka juga mempunyai kisah khusus seperti BMS Organics, ZenXin Organic, Aeon Wellness dan juga Pet Lovers Care - bergantung kepada tempat tinggal anda.

4. Bungkusit
: Bungkusit menawarkan perkhidmatan seperti personal shopper. Mereka akan membelikan barangan yang anda pesan seperti makanan dari kedai makan tepi jalan, restoren dan barangan runcit dan terus dihantar kepada anda. Sangat mudah. Tak perlu keluar rumah. Tunggu je barangan anda sampai di depan pintu rumah. 

5. Potboy
: Potboy adalah jenama buatan sendiri yang menawarkan makanan dan keperluan harian yang dihantar secara online. Paling best penghantaran adalah percuma. Masa yang diperlukan lebih kurang 3 hingga 5 hari untuk penghantaran. 
: Selain itu, anda juga boleh mendermakan barang yang dibeli kepada mereka yang memerlukan seperti rumah anak yatim dan sebagainya di sekitar Lembah Klang. 

6. Youbeli
: Youbeli menawarkan jualan bahagian runcit yang kebanyakannya makanan kering. Antaranya adalah stok mee segera, biskut, makanan ringan, produk organik, bijirin dan minuman. 

7. GrocerExpress
: Jika anda tinggal di kawasan sekitar Petaling Jaya. Anda boleh mencuba GrocerExpress yang menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit seperti makanan kering dan basah, keperluan dapur dan pelbagai barangan runcit keperluan harian. 

8. LalaMove
: Uniknya LalaMove, ia bukan sahaja menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan runcit, malah turut menawarkan perkhidmatan menghantar pelbagai dokumen, bungkusan, perabot, makanan dan juga keperluan perubatan seperti ubat dan sebagainya.

9. Big Box Asia
: Anda juga boleh mencuba Big Box Asia yang menawarkan pelbagai barangan runcit, snack, barangan bayi dan macam-macam lagi tanpa perlu keluar dari rumah. Hanya online sahaja! 

kedai runcit online, grocery delivery, online delivery, beli barang runcit online, foodpanda grocery delivery, grocery delivery malaysia
FoodPanda Grocery Delivery


10. FoodPanda Grocery Delivery
: Hah, FoodPanda bukan sahaja deliver makanan tau. Kini FoodPanda juga ada menawarkan servis Grocery Delivery. Bila dengar je FoodPanda ada offer Grocery Delivery, mesti lah boleh terbayang abang baju pink naik motor hantar barang kan? Sudah tentu masa menunggu sangat pantas sebab direct je dari abang baju pink. Tak perlu melalui abang posmen hokay. Best betul!
: Nak masak tiba-tiba baru perasan santan dah habis, terus je pegi apps FoodPanda dan terus order. Tak sampai setengah jam barang dah sampai. Sangat mudah kan?
: CN sendiri juga pernah membeli barangan Familymart di FoodPanda apps sahaja. Craving nak makan cheesecake dan minum susu pisang yang sedap tu. Aiskrim pun ada dijual di FoodPanda tau. Mudah tak perlu beratur di kedai. Yela, ramai sangat peminat Familymart ni di Malaysia! Hehehe..

Hokay, ini sahaja perkongsian dari CN tentang 10 kedai runcit terbaik untuk penghantaran dalam talian di musim pendemik Covid-19 ini. Mana satu pilihan anda? Boleh lah komen di bawah ye.


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. wah tak sangka mydin dan tesco pun dah ada delivery .

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.