Bestnya bercuti ke hotel mewah di Pulau Langkawi

February 21, 2021

PKP 2.0 kali ini agak lama berbanding PKP 1.0 dulu. Tapi disebabkan boleh keluar bekerja, jiwa rasa lebih tenang dan relax. Cuma satu je yang sentiasa dalam fikiran tapi masih lagi tidak boleh buat di PKP 2.0 iaitu BERCUTI. Ya, bercuti dan tidur di hotel. Bestnya! Dapat tidur di katil empuk hotel, mandi di kolam renang dan bersarapan di hotel. CN rindu semua tu dan CN percaya anda juga rindukannya bukan?

Bercerita tentang bercuti, antara tempat bercuti kegemaran rakyat Malaysia adalah Pulau Langkawi yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Cakap je, semua ada di sana. Tempat shopping bebas cukai bestnya shopping chocolate,  pantai yang cantik dan memutih, pelbagai tempat bersejarah seperti Padang Matsirat, Telaga Tujuh dan banyak lagi! Pendek kata, memang lengkap lah percutian anda jika memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian. 


datai langkawi, hotel exclusive langkawi, hotel 5 bintang langkawi, staycation langkawi, tempat menarik langkawi, hotel 5 bintang langkawi,
Keindahan Pulau Langkawi

Staycation di Hotel Mewah Pulau Langkawi


Menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi staycation selepas PKP ini merupakan satu langkah terbaik. Almaklumlah, kita masih lagi tidak boleh bercuti ke luar negara. Jadi, Pulau Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan terbaik yang kita ada. Dari hotel tiada nama sehingga ke hotel mewah 5 bintang, semua ada di sana. Lagi pun, kerajaan Malaysia sendiri menggalakkan supaya rakyat Malaysia bercuti dalam negara. 

Ala, sebenarnya anda boleh bayangkan Pantai Cenang sebagai Maldives dan Telaga Harbour Langkawi sebagai Miami Beach Marina gituw. Tidak percaya? Boleh sahaja ke sana dan saksikan sendiri, CN bangga menjadi rakyat Malaysia gituw. Di Langkawi juga terdapat pelbagai hotel mewah. Jadi, kenapa mesti berhabis duit ke luar negara, habiskan sahaja ke dalam negara. Dalam masa yang sama boleh bantu ekonomi Malaysia. Jadi lah netizen yang bijak yang membantu ekonomi negara. Anda mampu lakukannya! 


datai langkawi, hotel exclusive langkawi, hotel 5 bintang langkawi, staycation langkawi, tempat menarik langkawi, hotel 5 bintang langkawi,
Pemandangan hutan yang menghijau dari The Datai Langkawi


Jika anda inginkan percutian mewah ala Maldives, antara hotel 5 bintang yang menjadi pilihan adalah The Datai Langkawi. Hotel 5 bintang yang terletak di Padang Matsirat Langkawi ini menjanjikan percutian mewah yang anda idam-idamkan selama ini. Disajikan dengan pemandangan indah hutan menghijau & laut membiru, ditambahkan lagi dengan private pool, CN percaya ia akan menjadi kenangan terindah dalam percutian anda di Langkawi. Jangan tak percaya, satu malam sahaja di sana boleh mencecah sehingga ke RM11,000 ! Hah, dari anda menghabiskan duit bercuti ke Maldives, apa salahnya membantu ekonomi Malaysia dengan bercuti sahaja ke The Datai Langkawi. 


datai langkawi, hotel exclusive langkawi, hotel 5 bintang langkawi, staycation langkawi, tempat menarik langkawi, hotel 5 bintang langkawi,
Selain hutan menghijau, anda juga dapat saksikan pemandangan laut yang membiru dari bilik hotel di The Datai Langkawi, best kan?


Menariknya The Datai Langkawi ini juga terletak berdekatan dengan banyak tempat menarik sekitarnya seperti Langkawi Sky Bridge, air terjun Temurun dan air terjun Telaga Tujuh. Oh ya, jarak perjalanan cuma lebih kurang 15 km sahaja jika anda ingin ke tempat popular seperti Underwater World Langkawi dan Pantai Cenang. Selain itu, kedudukan The Datai Langkawi juga tidak jauh dari Langkawi International Airport dan Jetty Kuah. Sangat mudah untuk ke sini! 


datai langkawi, hotel exclusive langkawi, hotel 5 bintang langkawi, staycation langkawi, tempat menarik langkawi, hotel 5 bintang langkawi,
Kolam renang dengan pemandangan hutan yang menghijau, bestnya! 


Tempat Ideal Untuk Berbulan Madu Di Pulau Langkawi


Pasti ramai yang mendirikan rumah tangga di musim PKP. Tetapi tidak sempat berbulan madu kerana tidak boleh melepasi daerah dan negeri. Jangan risau, apabila berakhirnya PKP ini, boleh lah berbulan madu bersama tersayang. Jadi, apa salahnya tempah dulu hotel mewah secara online pada harga menarik sempena pelbagai promosi sekarang ini. Rugi sangat jika terlepas peluang menarik ini! 


datai langkawi, hotel exclusive langkawi, hotel 5 bintang langkawi, staycation langkawi, tempat menarik langkawi, hotel 5 bintang langkawi,
Bestnya bercuti ke hotel mewah di Pulau Langkawi

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.