'Signature Dish' di Hotel Première Klang Sempena Promosi Bulan Julai & Ogos 2021

July 02, 2021

'Signature Dish' di Hotel Première Klang | Hotel Première Klang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang merupakan hotel 4 bintang dengan 250 bilik dan suites. Untuk pengetahuan semua di Hotel Première terdapatnya restoran serta kafe seperti The Buzz, Royal Gourmet dan Ichi PoolBar. The Buzz menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, manakala Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik dan Ichi Pool Bar pula adalah restoran-bar yang menawarkan makanan ringan, burger dan pizza. Kafe ini juga terletak berhadapan dengan kolam renang.

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang

Promosi Hebat Untuk Bulan Julai dan Ogos di Hotel Première Klang


Chef Eksekutif Hotel Première Klang iaitu Chef Noor Hisham dan pasukannya telah menawarkan pelbagai hidangan enak dan hebat yang sentiasa menjadi pilihan rata-rata pengunjung hotel sempena bulan Julai dan Ogos ini. 

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang
'Signature Dish' di Hotel Première Klang Sempena Promosi Bulan Julai & Ogos 2021


Hidangan yang mesti anda cuba adalah Nasi Bukhara Ayam ATAU Udang Galah. Nasi Bukhara ini dimasak dengan nasi basmati aromatik & beberapa rempah Bukhara yang cukup istimewa. Hidangan ini didatangkan bersama dengan raita timun berkrim, ikan bilis dan keropok papadom yang rangup. Untuk set Nasi Bukhara Ayam ditawarkan pada harga RM30 manakala set Nasi Bukhara Udang Galah berharga RM58.

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang
Nasi bukhara

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang
Gulai ayam

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang
Gulai udang galah

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang
Raita timun berkrim

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang
Salad dan sayuran


Hidangan kedua yang mesti anda cuba adalah Stew Domba East Meet West Braised dengan Corn Tortilla. Daging kambing yang dikisar halus sememangnya sangat lembut, cukup berperisa dan sesuai dinimati samada dengan tortilla mahupun  bersama roti nan. Untuk satu set ini ditawarkan pada harga RM32 sahaja.

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang
Stew domba east meet west braised & roti naan

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang
Roti papadom & corn tortilla


CN dah cuba sendiri kedua-dua hidangan ini. Memang puas hati! Rasa rempah Burkhara memang padu! Cukup rasa dan kuahnya memang pekat dan pedas. Begitu juga nasi bukan sahaja rasa enak tetapi dengan ditaburi kacang gajus panggang, menjadikan nasi burkhara yang dinikmati lebih istimewa rasanya.

Selain itu hidangan stew Domba East Meet West Braised  juga tidak mengecewakan. Daging kambing yang lembut dinikmati bersama corn tortilla yang ranggup, satu pengalaman baru bagi CN. Sekali cuba pasti nak lagi. 

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang


Semua hidangan ini boleh didapati dari bulan Julai hingga Ogos 2021 dan jangan lepaskan peluang ini untuk mencubanya sendiri.

Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi :-
 +603 3325 6828 / 03-3325 6800 

E-mel :fnb@premiere-hotels.wct.my atau
Whatsapp : 012 449 6258

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

Hotel Première Klang, makan di Hotel Première Klang, nasi bukhara Hotel Première Klang, promosi di Hotel Première Klang
CN sudah cuba, anda bila lagi?


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.