Richworks Prihatin, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula

January 17, 2022

Richworks Prihatin, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula | Tahun 2021 merupakan tahun penuh cabaran yang menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pendemik yang masih belum berakhir, ditambah pula banjir besar yang memusnahkan harta benda pada akhir Disember lalu. 

Antara golongan yang paling terkesan adalah peniaga-peniaga dan usahawan. Baru hendak memulakan kembali perniagaan yang terkesan disebabkan oleh pkp, ditimpa pula musibah banjir besar. Ada yang kedainya ditenggelami air banjir sehingga rosak semua alatan, bertambah sedih apabila kedai tiada insuran untuk banjir. 

Menyedari akan situasi ini, RichWorks tampil meringankan beban peniaga-peniaga dan usahawan yang terkesan ini dengan pelbagai program yang diatur. 

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin
Richworks Prihatin, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula


Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri bersama 31 ahli keluarganya juga turut dijangkiti COVID-19. Ibu mertua Dr. Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. 

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr. Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih baik kepada bangsa usahawan terutama mereka yang berada dalam bimbingannya. Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang dalam proses pemulihan, Dr. Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. 

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin

RichWorks Bantu Rakyat


RichWorks merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan. Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live serta dalam talian (virtual online).

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin
Antara program RichWorks secara online


Strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks terbukti berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. 

Untuk pengetahuan anda, visi RichWorks adalah untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin

RichWorks Membantu 605,000 Usahawan Pada Tahun 2021


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang Dr. Azizan berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawan. Secara keseluruhan pada tahun 2021, RichWorks telah membantu hampir 605,000 usahawan melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks. 

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin
RichWorks bantu peniaga wanita menerusi program Wanita Bangkit Berniaga berkolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Wanita Bangkit Berniaga (WBB) 

Salah satu program anjuran RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin

Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell)

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga. 

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, pihak mereka tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). Malah sumbangan kilat berjumlah RM500,000 berjaya dikumpulkan daripada usahawan mereka dan RichWorks sendiri dalam tempoh masa 24 jam bagi membantu mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu. 

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin
Program RichWell


Selain itu, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban tahun lepas. Mereka juga telah menaja lebih 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. 

Misi Dalam Membangun & Mengembangkan Usahawan Ke Tahap Lebih Tinggi


Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun & mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi. Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. 

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin

Ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan telah berjaya menghasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan untuk mencapai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya. 

Bukan itu sahaja, sebanyak 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks telah mencapai jualan lebih RM10 juta, 5 bisnes (RM50 juta ke atas) dan 5 bisnes (RM100 juta ke atas pada tahun 2021. 

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin

RichWorks, Richworkbootcamp, Richworksacademy, zero to million richworks, richworks international, Richworks bantu rakyat, richworks prihatin

Dibawah merupakan video perjalanan dan perjuangan RichWorks pada tahun 2021.



Semoga usaha RichWorks - www.richworks.com yang membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. 

CN mendoakan semoga tahun 2022 ini, RichWorks akan membantu lebih ramai usahawan untuk bangkit semula dan berjaya. InsyaAllah. 

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  2. Semoga dgn usaha ini dapat membantu lebih ramai usahawan untuk berani bangkit berniaga

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  4. all the best Richworks & team..:)

    ReplyDelete
  5. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.