Baju melayu & kurta plus size di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

March 15, 2023

Butik Aisy Asyraf merupakan sebuah butik fesyen lelaki kontemporari dengan rekaan moden & terkini mengikut peredaran masa. Mula beroperasi pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah. Jenama Aisy Asyraf adalah diilhamkan bersempena nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) yang digabungkan dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan.


Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Baju melayu & kurta plus size di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf


Video Pengalaman CN Shopping di Butik Aisy Asyraf


Rekaan Busana Yang Lebih Simple Tapi Bergaya di Butik Aisy Asyraf


Inginkan kelainan, tahun ini CN memilih butik Aisy Asyraf untuk baju raya sedondon Encik Suami dan anak-anak. Ada banyak cawangan Butik Aisy Asyraf ni. Pilihan CN adalah cawangan Shah Alam yang terletak di Seksyen 7. Senang je nak cari, berhadapan dengan Bazaar @ Seven Shah Alam, anda hanya perlu cari Restoran Jemari. Butik Aisy Asyraf ni terletak di tingkat atas je. 

Butik di cawangan Shah Alam ni memang luas dan selesa. Anak-anak CN bebas ke sana-sini sementara tunggu Encik Suami shopping. Staff semua peramah dan sangat membantu. 

Untuk pengetahuan anda, bagi edisi Raya 2023, Aisy Asyraf bertemakan ‘back to basic’ dengan rekaan busana yang lebih simple dan bergaya. Antara design terbaru adalah Kurta Izzi, Kurta Zayne, Kurta Nasz, dan banyak lagi. Encik Suami CN pun suka dengan design Kurta Zayne yang simple tapi bergaya. Anda mesti pernah tengok Fikry Ibrahim bergaya dengan Kurta Izzi dekat Tiktok kan? Hah, Fikri Ibrahim dan Awie merupakan duta untuk butik Aisy Asyraf ni. 


Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Kurta Izzi cuma RM99 sahaja

Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Kurta Zayne cuma RM99 sahaja. Uniknya design Kurta Zayne ni adalah berlengan 3 suku. Nampak suci murni je Encik Suami CN dengan Kurta Zayne warna putih ni

Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Kurta Nasz berjalur panjang nampak effect kurus. Pun sama berlengan tiga suku, nampak sweet. 


Hari raya mestilah dengan berbaju melayu kan? Ada 2 pilihan baju melayu iaitu Baju Melayu Tilka dan Baju Melayu Adika. Beza antara dua design ni adalah cekak musang dan teluk belanga. Banyak pilihan warna yang exclusive. Material baju melayu ni dari cotton yang ironless. Memang selesa lah! 


Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Baju Melayu Tilka cekak musang. Lagi bergaya dengan sampin dan songkok. Pergh! 


Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
CN suka sangat Baju Melayu Adika ni, pakai dengan tengkolok, wah, segak bergaya gituw.


Inginkan kelainan taknak berbaju melayu tapi nak berjubah? Boleh je, ada banyak pilihan warna jubah yang cantik dan exclusive. Tengok lah Encik Suami CN ni, terus nampak sopan santun bila berjubah dengan Jubah Adni. 

Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Jubah Adni ni memang size elok terletak. Nampak slim dalam masa yang sama, bergaya.


Lagi best ada baju melayu kanak-kanak dari size 2 sehingga 12. Senang terus beli sedondon Encik Suami dan anak-anak. 


Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Antara koleksi baju melayu dan kurta kanak-kanak. Material yang selesa dan cantik untuk si kecil. 


Berita gembira untuk mereka yang mempunyai size badan plus size, di Butik Aisy Asyraf ni ada size baju untuk plus size tau! Duta untuk kurta saiz plus size ni adalah Angah Raja Lawak. Comel dan bergaya tengok Angah dengan kurta Aisy Asyraf ni. 


Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Antara kurta untuk plus size. Banyak warna menarik dan exclusive. 


Selain baju melayu dan kurta, ada juga songkok, butang baju melayu dan sampin di jual di butik ni. Senang terus beli dekat 1 tempat je. Jimat masa dan tenaga gituw. 

Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Antara aksesori yang dijual di Butik Aisy Asyraf


Harga Baju Melayu & Kurta di Butik Aisy Asyraf


Untung sangat kalau anda shopping sekarang sebab ada promosi pre ramadhan. Baju melayu cuma RM169 saja berbanding harga asal RM2++. Kurta Zayne & Kurta Izzi pun promo sekarang cuma RM99 je. Kurta kanak-kanak pula cuma RM30 ke RM50 sahaja. Ada lagi, Kurta Inna & Kurta Raff cuma RM60 sahaja. Ada juga promo untuk kemeja batik iaitu Kemeja Pak Maun, cuma RM30 sahaja! Murah sangat! 


Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Kemeja Pak Maun cuma RM30 sahaja. Material batik sejuk yang lembut. Berbaloi sangat beli ni! Kalau ada design untuk kanak-kanak lagi best, confirm CN borong untuk anak-anak sekali. 


Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size
Kurta Raff cuma RM60 sahaja. 


Oh ya, kalau size atau warna yang anda nak tak ada di butik, boleh order online. Senang hati kan? Jadi apa tunggu lagi, jom shopping sekarang!


Lokasi Butik Aisy Asyraf Shah Alam

πŸ“Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

18a, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Landmark: Atas Restoran Jemari. Berhadapan Bazaar @ Seven (Shah Alam)

Hubungi: 

πŸ“ž0198208210

πŸ–₯️ www.aisyasyraf.com


Baju melayu aisy asyraf, aisy asyraf, kurta aisy asyraf, baju melayu johor, kurta plus size

#LejenRaya #LejenRayaAA #LejenkanRayamuBersamaAisyAsyraf #bajuRayaAA #aisyasyrafraya2023

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.