Bufet Ramadan SACC 2023 | Cita Rasa Muhibah
March 01, 2023Bufet Ramadan SACC 2023 | Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC), satu lokasi sinonim dan popular dengan majlis bufet Ramadan kembali lagi dengan tradisi bufet Ramadan bertemakan "Cita Rasa Muhibbah" bermula 25 Mac hingga 19 April 2023.
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
CN di Bufet Ramadan SACC 2023 | Cita Rasa MuhibahCita Rasa Muhibbah Dengan Lebih 100 MenuChef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama kumpulan chef SACC menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik khas buat pengunjung. Setiap kali Ramadan juga, sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu Kambing Kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa seperti Ayam Bakar Bersantan, Kambing Varuval, Ikan Stim Ala Nyonya, Daging Bakar Masak Lemak, Udang Goreng Telur Asin dan pelbagai lagi. Selain itu ada pelbagai gerai makanan yang menyajikan menu seperti Mee Kari Nyonya, Apam Lenggang, Gerai Mamak, Aneka Goreng-Goreng, Sup Periuk dan banyak lagi.
Berbuka Sambil BeramalMenyedari unjuran agama Islam untuk perbanyakkan ibadah di bulan Ramadan, SACC mengambil inisiatif mulia bekerjasama dengan pihak MyFundAction dalam membantu mengumpul dana untuk penambahbaikan Program Pendidikan Kanak-Kanak B40 di Selangor. Program CSR ini memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk "Berbuka Sambil Beramal".
Mekanisma yang digunakan adalah melalui setiap boucher pembelian awal Bufet Ramadan yang dijual dengan harga RM88, RM1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan lain kepada program yang telah diamanahkan oleh MyFundAction ini. Harga Bufet Ramadan SACC 2023Harga biasa untuk dewasa adalah RM98++ manakala RM58++ untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA.
Sementara itu, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat ditawarkan dengan harga bermula RM98++ lengkap dengan penggunaan ruang dewan, seleksi menu, sistem audio dan visual khas buat tetamu anda. Untuk pakej ini, anda boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai jualan untuk memastikan sambutan Ramadan anda berjalan lancar. Hubungi:
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~ |
1 comments
tengok pagi2 terus rasa lapar. hihih
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.