Welcome back to school uolss ! Banyak kerja ni walaupun sekolah tak buka lagi official. Caiyok2 !
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
SPM 2018 | Alhamdulillah, harini hari terakhir SPM 2018. Bermulalah pulak tugas guru-guru yang bertugas untuk menanda kertas SPM 2018. Peringatan CN kepada calon-calon SPM 2018, berdoalah dari sekarang! Berdoalah semoga guru yang menanda kertas jawapan anda diberi ketenangan hati & dipermudahkan ketika menanda kertas jawapan anda itu. Bukan berdoa ketika keputusan hampir keluar nanti, ketika itu semua kertas jawapan sudah siap ditanda. No miracle at all! Berdoa dari sekarang! CN sebagai cikgu juga turut berdoa semoga guru yang menanda kertas jawapan Sains Komputer SMKTPG diberi ketenangan hati ketika menanda. Aaminn..
CN yang excited bila SPM dah habis, hover kan? |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
SPM Sains Komputer 2018 | Harini merupakan hari penentuan untuk calon Sains Komputer SPM 2018. Kertas Sains Komputer SPM 2018 bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Semoga berjaya kepada 32 calon SPM Sains Komputer 2018 SMK Telok Panglima Garang !
Semoga berjaya calon SPM Sains Komputer 2018 |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Kemain hover cikgu melompat keseronokan sebab cuti sekolah kan? Hehehe...nama je cuti sekolah. Ni hah minggu depan kena datang sekolah untuk pecutan terakhir SPM kertas Sains Komputer hokay. Its hokay, #RoadTo100PercentLulus katanya.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Takut lukis kening | CN ni memang jenis yang tak berapa suka makeup tebal-tebal. Biasanya CN cuma pakai foundation kalau rajin, kemudian compact powder, lipstik, eyeliner & blusher kalau rajin. Itu jela makeup yang CN tahu. Sebenarnya sudah berapa kali CN cuba lukis kening tapi tak jadi. Nampak pelik macam Sinchan tau! Ini yang menyebabkan CN takut lukis kening. Tapi tau tak inilah kali pertama CN lukis kening nampak hokay dan tak pelik. Hokay tak CN lukis kening ni?
Okay tak CN lukis kening? |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Koleksi soalan percubaan SPM | Hokay, masih sempat untuk membuat latih tubi pelbagai soalan percubaan SPM 2018 dari pelbagai negeri yang dikongsikan di channel telegram. Hanya klik link dibawah :
Soalan Percubaan SPM 2018 : https://t.me/SpmTrials2018Bot
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
myPORTFOLIO Guru | Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan pada 12 Julai 2018. Mengandungi 10 komponen termasuk 1 komponen baru: Job Description (JD). Membatalkan PKPA Bil. 8/1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja dan PKPA Bil. 11/1991 Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Borang. Pekeliling ini terpakai kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. BKP sebagai penyelaras di peringkat Kementerian.
Laporan perlu dihantar kepada
MAMPU setiap 2 minggu.
myPORTFOLIO Guru |
Templat myPORTFOLIO
Capaian bahan myPORTFOLIO dalam google drive yang
dibina menggunakan URL link yang diberi >> http://gg.gg/myPORTFOLIO-GURU2
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Salam kepada semua calon SPM ❤️
Minggu pertama bagi perang SPM baru berakhir , jadi lupakan apa yang telah terjadi dan harapkan yang terbaik untuk peperiksaan-peperiksaan yang seterusnya!
Sejarah SPM Kertas 3 2018
Mesej ini adalah untuk memperkenal channel telegram baru khas untuk Sejarah SPM Kertas 3 .
Admin channel telegram juga akan menyiarkan beberapa nota penting untuk persediaan SPM.
Link Bagi Channel Sejarah Kertas 3 https://t.me/SejarahK32018
Rasanya dah lama kelas makeup yang CN join ni. Baru sekarang sempat buat entry. Saja buat kenangan di blog. Best kelas makeup ni bersama bff. Memang kecoh jadinya. Sudah tentu makeup dan skincare yang digunakan adalah dari jenama Mary Kay. Serius produk Mary Kay ni memang best-best. I fall in love gituw.
Antara skincare Mary Kay yang digunakan |
Produk baru Mary Kay yang membuatkan CN fall in love |
Dapat lucky draw lip gloss Mary Kay, i loike |
Analisis kulit CN. Mujur kulit sama dengan umur, fuh |
Wajah happy setelah make over |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Ibuencer Award 2018 | Alhamdulillah, CN dicalonkan oleh motherhood.com.my sebagai salah seorang calon untuk Ibuencer Award 2018 sempena Baby Fest 2018 di The Starling Mall. Walaupun tak menang, best sangat berpeluang berjumpa dengan ramai rakan-rakan parenting blogger & media social influencer. Paling best dapat berjumpa dengan retailer barangan bayi & bertukar-tukar kad. Manalah tahu lepasni kalau nak tambah baby, boleh dapat sponsor kan? Hehehe...
Irfan yang merupakan inspirasi untuk CN berblog & menjadi parenting blogger |
Antara penaja utama Baby Fest 2018, Coby Haus. |
B&B dari Korea. Suka sangat sabun basuh & pelembut fabriknya. Bukan sahaja selamat untuk kulit bayi, malah berbau wangi tau |
Yeah, sempat grab Simple Dimple Bag kaler merah. Suka sangat dengan beg yang tahan lasak tetapi stylo ni |
Irfan bergaya bersama super heronya |
Antara hasil di Baby Fest 2018. Alhamdulillah |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Pelaporan Tingkatan 5 | Berikut merupakan templat pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 mengikut subjek dari Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Templat ini adalah terkini dari BPK. Semoga membantu !
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 |
Pelaporan Tingkatan 5
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Asas Kelestarian
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Ekonomi
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Grafik Komunikasi Teknikal
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Perniagaan
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Pertanian
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Prinsip Perakaunan
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Sains Komputer
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Sains Rumah Tangga
Templat Pelaporan KSSM MPEI Tingkatan 5 Sains Sukan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~