Salam Jumaat
Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar?"
Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"
Jawab bapanya,
✔ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✔ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✔ Bukankah nak merokok kena bayar?
✔ Bukankah masuk pub kena bayar?
✔ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?
Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.
✔ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✔ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✔ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✔ Jika berzikir, kita tak perlu bayar
Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma
Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"
Jawab bapanya,
✔ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✔ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✔ Bukankah nak merokok kena bayar?
✔ Bukankah masuk pub kena bayar?
✔ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?
Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.
✔ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✔ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✔ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✔ Jika berzikir, kita tak perlu bayar
Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Amalan Rezeki Melimpah Tidak Pernah Habis
Amalan yang sangat mudah untuk dibuat. Jom kita amalkan, insyaAllah, semoga rezeki kita semua tidak pernah habis dari Allah SWT.
Amalkan :
1. Baca Subhanallah 33 kali
2. Baca Alhamdulillah 33 kali
3. Baca Allahuakbar 33 kali
4. Baca "Innahaza larizzkuna maalahu minnafaad" 33 kali
Selamat beramal
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Bayar zakat secara online | Walaupun pendapatan sebagai blogger & influncer tak ada lah masyuk mana untuk bulanan, tapi kalau dikira tahunan, memang banyak & WAJIB bayar zakat perniagaan. Kita selalu sibuk dengan bersedekah tetapi kita sering lupa akan perkara yang wajib iaitu membayar ZAKAT. Sebenarnya sikit sangat zakat perniagaan ini iaitu hanya 2.5% sahaja. Jadi, jom kita bayar zakat ! Hanya menggunakan smartphone sahaja, sangat mudah!
~ Salam Jumaat dari Cekgu Norazimah ~
Surah Al Kahfi atau juga disebut Ashabul Kahf merupakan surah yang diturunkan di Kota Mekkah. Surah ini terdiri atas 110 ayat dan bercerita tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya.
Surah Al Kahfi Ayat 1-10
![]() |
Surah Al Kahfi Ayat 1-10 |
Terdapat
beberapa hadist yang memberitahu tentang keutamaan dan manfaat pada surat
ini. Pertama manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar
dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat
ini pada hari jumat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.
“Barang siapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka Dajjal tidak bisa memudharatkannya,” (HR-Dailami).
Manfaat
kedua dari membaca Al Kahfi pada hari Jumat adalah mendapat pengampunan
dosa diantara dua Jumat. Dalam riwayat lain masih dari Abu Sa’id al-Khudri
radhiyallahu 'anhu, Rasulullah bersabda, Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma,
Rasulullah SAW bersabda.
Manfaat
lain yang diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah Bin Mughaffal
disebutkan bahwa Rumah yang dibacakan surah al-Khafi dan al Baqarah tidak akan
dimasuki syaitan sepanjang malam itu.
Surah Al Kahfi Ayat 100-110
![]() |
Surah Al Kahfi Ayat 100-110 |
Demikianlah Manfaat Membaca Surat Al-Kahfi pada Hari Jumat. Marilah sama-sama kita amalkan.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Ilmu perubatan islam dari Dr. Haron Din | Arwah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din adalah ahli politik Malaysia yang merupakan Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Beliau merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa'). Pengalaman beliau sebagai pengamal ilmu perubatan Islam tidak boleh disangkal lagi. Disini CN kongsikan antara ilmu perubatan Islam yang telah dikongsi oleh arwah Dr Haron Din semasa hayatnya. Semoga menjadi manfaat buat kita semua. Insya-Allah.
![]() |
Ilmu perubatan islam dari Dr. Haron Din |
8 Ilmu Perubatan Islam yang dikongsikan oleh Dr. Haron Din
1) Masalah angin dalam badan & sakit-sakit sendi
2) Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar adalah pada otak ikan tersebut. Bagaimana?
- Ketuk kepala ikan, ambil bahagian kecil seperti gel
- Kemudian, sapu pada bahagian yang disengat
3) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
4) Resdung (Surah Al - Anbya', ayat 83)
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada orang datang bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
5) Masalah sakit tumit / sakit-sakit sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14 & surah Al - Hashr ayat 21
6) Fibroid atau masalah yang melibatkan wanita (Surah An -Nahl, ayat 69)
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayat 69, jampi ayat tersebut pada madu
7) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini:
Surah Al - Isra', ayat 82, Surah Al - Hashr, ayat 21 dan Surah Ash - Shua'ra' ayat 70
8) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11
[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita, tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
11 nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas | Ketika umur mencecah 40 ke atas, masa ini sudah semestinya kehidupan lebih 'stable' dengan kewangan yang kukuh, keluarga dan anak-anak yang sedang membesar. Pada umur ini juga kesihatan semakin menurun. Jadi kesihatan memainkan perkara utama yang perlu diambil kira. Jom CN share 11 nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas.
11 Nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas
Berikut adalah nasihat dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi anda yan sudah mencapai umur 40-an, 50-an, 60-an.
1. Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
2. Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
3. Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
4. Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
5. Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
6. Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
7. Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
8. Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
9. Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
10. Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham-saham ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله
11. Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..
Semoga bermanfaat 🌹
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Rezeki Berkat
Sedikitnya cukup banyak diagih-agihkan
Rezeki Tak Berkat
Sedikitnya tidak cukup, banyak tida puas.
Umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus !
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.
Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan
Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.
Tak rindukah pada kampung anda ?
Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan
mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..
Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?
Rabb yang mulia
Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, taat padaNya serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi perintahNya?
Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.
Kenapa kita lupa?
Rumah kita jauh lebih indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami sholeh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.
Bila Keluarga mereka akan pulang?
Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis laknatullah yaitu neraka.
Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati.
INGAT...
INI BUKAN RUMAH KITA
~ Salam Jumaat dari Cekgu Norazimah ~
Amalan Murah Rezeki | Jom amalkan surah untuk dimurahkan rezeki iaitu Surah Al-Waqiah. Dibaca setiap kali selepas solat subuh.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
3 keistimewaan puasa 6 | Dalam duk berseronok beraya, jangan lupa diet supaya perut yang slim semasa Ramadhan maintain slim yer. Cara paling senang kembali ke berat badan asal setelah berhempas pulas makan rendang, masak lodeh, nasi dagang dan pelbagai makanan yang berLEMAK adalah dengan puasa 6. CN cedok artikel menarik dari SINI. Sememangnya puasa 6 ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaannya.
![]() |
Keistimewaan puasa 6 |
3 Keistimewaan Puasa 6
1. Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun
: Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi S.A.W menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah S.W.T sebanyak 10 kali ganda.
: Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadhan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan! Puasa 6 hari Syawal digandakan 10 bersamaan 60 hari dan bersamaan 2 bulan. Oleh itu, puasa Ramadhan ditambah 6 hari di bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.
2. Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada bulan Ramadhan
: Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan puasa 6 hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan yang terdapat padanya.
3. Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain
: Dengan mensyariatkan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat 6 hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadhan yang akan datang.
Wallahualam..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Nasihat dari kubur untuk kita semua :
>> Saya adalah tempat paling gelap maka terangilah saya dengan tahajjud
>> Saya adalah tempat paling sempit maka luaskanlah saya dengan silaturahim
>> Saya adalah tempat paling sepi maka ramaikanlah dengan membaca al-quran
>> Saya tempat binatang yang menjijikkan maka racunilah dengan amal sedekah
>> Saya tempat munkar & nankir bertanya maka persiapkanlah jawapanmy dengan perbanyak mengucapkan kalimah Laailalaillallah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Bila kita bersedekah kepada orang yang memerlukan, kita fikir kita membantu dunia mereka tetapi sebenarnya kita membantu akhirat kita.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~