Resepi biskut cip coklat homemade | Biskut cip coklat walaupun rupanya tak berapa cantik, yang penting adalah rasanya. Biskut homemade kan, mestilah sedap berbanding dengan cookies yang terjual di supermarket. Nak cuba buat sendiri biskut cip coklat ni, meh sini CN share resepi. Mudah je.
Biskut Cip Coklat
Bahan-bahan membuat biskut cip coklat
Bahan A
-1/2 cup butter suhu bilik
-1/2 cup gula perang
-1/3 cup gula putih
-1 biji telur
-2 tsp esen vanila
Bahan B
-1 1/2 cup tepung naik sendiri(CN guna tepung gandum)
-2 tsp tepung jagung
-1 tsp baking soda
-secubit garam
-cip coklat secukupnya terpulang letak byk atau sikit
Cara-cara membuat biskut cip coklat
>> Mix butter dengan gula perang & putih sampai kembang. Dah kembang masukkan telur & esen vanila mix sampai sebati.
>> Masukan bahan B kacau sampai sebati, dah sebati letak cip coklat kacau lagi sampai sebati( kacau guna sudu sbb doh lembut melekat sikit).
>> Masukkan adunan dalam oven dan bakar 160c dalam 15-20minit atau shingga biskut jadi keperangan guna api atas bawah
>> Dah masak sejukkan dan boleh terus dimakan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bahagianya sambil tanda buku latihan pelajar sambil makan agar-agar oreo milo yang baru dikeluarkan dari peti ais. Fuh ! Cara membuat agar-agar oreo milo ni sangat mudah. Bahan-bahannya sikit je. Jom cuba resepi mudah ini, agar-agar oreo milo.
![]() |
| Rupa agar-agar oreo milo yang tak berapa semenggah tapi sedap dimakan..hehe |
Resepi Agar-agar Oreo Milo
Bahan-bahan membuat agar-agar oreo milo
1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
750ml Air
140g Gula
1 tin @ 400g Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis
Cara-cara membuat agar-agar oreo milo
1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm peti ais.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~



