Mommies semua, siapa yang pernah kena gigit nenen ngn baby yang ada 7 batang gigi sila angkat tangan !! Serius sakit kan? Menjerit Cikgu Norazimah bila kena gigit ngn Irfan ! Tapi yang geram, si Irfan bambam tu boleh tertawa riang dengar mama dia menjerit. Memang DNA En. Arep sebab suka menyakat orang bagi menjerit..isy2. So Cikgu Norazimah cari le artikel macam mana nak mengelak baby gigit nenen ni. Terjumpa tips dari MamaQaireen. Thanks yer..tips yang sangat berguna ! Jom kita berusaha sama2 supaya tiada lagi gigitan terhadap nenen dari baby yang ada 7 batang gigi ! hehehehe
Cuaca harini cerah dan hujan pada waktu petang di kawasan Selayang dan Batu Caves. Alhamdulilah, jerebu makin berkurangan dan acara non-atlet yang sepatutnya diadakan pada hari selasa yang lalu dapat dijalankan pada harini. Mungkin ramai yang pelik, apalah acara non-atlet tu kan? Untuk pengetahuan semua, acara non-atlet tu sama ler dengan acara sukaneka, sajer jer nak bagi nama gempaq sikit ! Ala..St. Mary kan? Semua mesti gempaq dan glamer ! Tengok ler siapa cikgu2 nyer..hehehehe
Hokay, kembali serius. Acara ini terbahagi kepada 4 kelas iaitu kelas 1 (Tingkatan 4&5), kelas 2 (Tingkatan 3), kelas 3 (Tingkatan 2) dan kelas 4 (Tingkatan 1) dan satu acara yang semua kelas boleh masuk iaitu tarik tali. Setiap kelas mempunyai halangan yang berbeza. Keputusan penuh acara non-atlet tak dapat di update kan sebab lepas acara kelas 4, Cikgu Norazimah & the gengs terus ke kantin pegi makan sebab kelaparan tak makan langsung dari pagi !
Kembali ke sekolah walaupun beberapa kawasan di Banting & Pelabuhan Klang bercuti ketika ini. Berharap sangat supaya hujan akan tiba untuk meredakan jerebu yang menyakitkan tekak dan kepala. Hokay..sajer nk berkongsi tentang gambar Irfan yang korang pernah vote dulu di SINI.
Alhamdulilah, rezeki Irfan lagi ! Kali ni dapat tempat ke-3 "Peraduan Anakku Comel" anjuran page "Suami isteri, keluarga bahagia". Try ler usyar page dorang ni, best ada banyak info menarik ! Thanks yer kepada sesiapa yang VOTE & PROMOTE gambo Irfan ni. Nanti bila ada contest Cikgu Norazimah join, tolong ler VOTE & PROMOTE yer..sayang korang semua !