[ Cikgu Norazimah memohon BERIBU-RIBU kemaafan jika ada TERSALAH, TERSILAP, TERSINGGUNG dengan kata2 @ ayat2 Cikgu Norazimah sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. Kosong-kosong yer ! ]
~ Salam Sayang dari Cikgu Norazimah ~
| ~ Cikgu glamer, adam & aisyah berposing sebelum berbuka ~ |
Salam Ramadhan..
Khamis lepas last berbuka puasa bersama bff sebelum masing2 balik kampung cuti panjang. Sebelum berbuka, sempat ler singgah ke JALAN TAR terbeli kurung peplum siap ngn tudung dan berapa pasang baju raya Irfan ! Sebut pasal JALAN TAR, serius walaupun banyak pilihan, tapi korang kena pandai memilih sebab peniaga kat sana dah pandai letak harga mahal2 !
Kurung peplum yang Cikgu Norazimah beli tu, boleh dapat RM130 kalau beli dekat AEON BIG Wangsa Maju, tapi kt JALAN TAR jadi RM150. Nampak tak beza harga nya? Tapi disebabkan berkenan dengan kaler dan corak punyai pasal, pejam mata jer bayar ! Itulah pompuan, baju dah banyak, nak gak beli lagi ! aduyai...
| ~ Semperit coklat menggoda jiwa ~ |
Salam Ramadhan..
Cikgu Norazimah tak leh type cerita panjang2 sebab buzi dengan PROJEK MEGA biskut raya homemade ! Nama perlu GAH seiring dan sejalan dengan empunya blog ini yer..ahaks ~
Sebenarnya, lama giler tak buat biskut raya ni, last masa zaman anak dara dulu ! Tercetusnya idea membuat PROJEK MEGA ini adalah kerana pendapatan sempena raya ni yang agak 'sedikit' kerana thn ni penjawat awam tak dapat bonus, cuma bantuan khas RM500. Kejab jer dah habis shoping baju raya ! So bajet kuih raya dah 'hilang' ! Jadi dengan bantuan si dara manis Kak Iz (adik Cikgu Norazimah ke-4), maka terhasil ler PROJEK MEGA ini.
Alhamdulillah, dah beberapa jenis biskut raya homemade sudah siap dalam balang ! Perlu usaha lagi untuk menghasilkan beberapa lagi biskut raya sebab thn ni cuti raya panjang, kuih raya perlu banyak!
| Hasil PROJEK MEGA..ada banyak lagi yer..hehe |
[ Salam RAMADHAN ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
[ Gambar lama bertarikh 3 Julai 2010 : Hari Bertemu Pelanggan ]
Salam Ramadhan..
Mesti ramai orang duk sibuk prepare persiapan raya kan? Cikgu Norazimah dalam takmo beraya feeling sedey kot raya mak mertua dah takde pon 'terbeli' 5 pasang baju raya ! Apa kes ? Hehe..
Hokay..kembali ke tajuk di atas. Lumrah bagi wanita berkerjaya terpaksa menguruskan anak2 dan hal rumah dan dalam masa yang sama mempunyai bebanan tugas yang melambak di tempat keje. Lagi2 cikgu ! Asal siap je keje, ada je keje baru menanti. Bak cakap Kak Su (housemate), KEJE TAKKAN PERNAH HABIS ! Tak kira la anda cikgu geografi ker, cikgu math ker, cikgu pj ker, kaunselor ker, semua ada keje masing2. Tak perlulah menuding jari dekat orang tu cakap dia takde keje..tak patut tau !
Kes ni terjadi dekat Cikgu Norazimah sendiri. Agak terkilan bila orang lain cakap Cikgu Norazimah takde keje sebab asal datang ke meja Cikgu Norazimah, duk tengok duk main CANDY CRUSH ! Helloooo !! Main game ni untuk melepaskan tekanan duk mengadap laptop yer. Kalau asyik mengadap keje, memang stress ! Jadi apa salahnya berehat kejab main game. Even BOS pon tak kisah yer Cikgu Norazimah main CANDY CRUSH sebab dia tahu keje siap maaa !




