
Salam mesra..
Sekarang ni pelajar2 tingkatan 2 seluruh Malaysia duk sibuk buat report tentang Petempatan Lestari. Tak tersangka, blog CN pon jadi tumpuan dan naik traffic sebab benda ni. Hokay..CN cuma nak berkongsi tentang hasil research pelajar SMK St Mary tentang Petempatan Lestari. Powerpoint ni CN suruh dorang buat masa kelas Literasi Komputer. Kalau untuk Geografi, dorang kena buat karangan, malas lak nak masukkan dalam entry ni. Diharap dapat membantu pelajar semua tentang maksud Petempatan Lestari yer.
Petempatan Lestari
- Ku Shin Yu
- Tan Sook Huei
- Tan Jia Jie
- Lai Jia Cin
SELAMAT HARI MALAYSIA
kepada
semua warganegara MALAYSIA !
Saya BANGGA menjadi rakyat MALAYSIA !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Dalam entry SINI, CN akan menghadiri Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD). Jadi, sebelum ke sana dari 17/9 - 21/9, CN perlu 'study' dulu benda2 ni..sambil2 study, apa salahnya berkongsi dengan u all semua benda2 baru dalam dunia pendidikan di Malaysia sekarang ni..semoga dapat menjadi panduan untuk u all semua.. [smile]
1. Dasar dan Hala Tuju Pendidikan
: Rujuk SINI
2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
: Menggantikan KBSR dan digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan
: Berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
: Menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Salam mesra..
Sempena topik Geografi Tingkatan 2 tajuk [Perkembangan Pengangkutan & Perhubungan], CN berbesar hati ingin berkongsi dengan pelajar semua tentang salah satu pengangkutan awam di Malaysia yang canggih iaitu KOMUTER !
Seingat CN, last naik komuter Januari 2012 iaitu masa tu terpaksa balik Klang dengan cepat sebab arwah PakJang meninggal dunia. Masa tu, takde lagi tv canggih dan elektronik route map dalam komuter. So tiba2 jumaat lepas rasa macam nk balik sendiri naik komuter sebab EA agak bizi dan boleh amik CN mlm. Lama benor nk tunggu, so better balik sendiri. Bukan jauh sangat pon..3 JAM perjalanan jer dengan public transport ! Ahaks~
Jadi, CN memulakan perjalanan naik komuter ke Klang dari Batu Caves. Batu Caves ni adalah stesen baru dan paling hujung, dan CN baru tahu boleh terus ke Klang dari Batu Caves tanpa perlu transit ! BAHAGIANYA ! CN leh tidur dari Batu Caves sampai ke Klang ! Tambang pon murah cuma RM4.80. Nak selamat, CN naik KOC WANITA yang kaler pink..pompuan jer semua. Nk tidur muka comot2 pon takper ! Hehehe..
Kesimpulannya (dah macam karangan untuk kelas Cikgu Liana pulak yer..), komuter baru dari Batu Caves ke Klang memang BEST dan memudahkan ! Perjalanan mengambil masa cuma 1 jam setengah sahaja ! Cuma nk ke Banting CN perlu naik bas CityLiner kaler merah yang padat dengan mat bangla, indon, nepal, dan seangkatan dengan nya ! Rasanya lepas ni CityLiner pon kena buat gak bas khas kaler pink untuk wanita pulak !
CN rasa kan, lepas ni, sanggup tunggu EA amik dari balik sendiri ! Memang serik naik bas Klang-Banting tu ! Tapi...tapi... KOMUTER KTM best dan terbaik ! Caya lah KTM !
[Stesen komuter Batu Caves]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~



.jpg)


