Gambar sumber MR GOOGLE
Salam mesra..
Avokado merupakan buah yang bebas kolestrol, mempunyai kandungan sodium, vitamin & mineral termasuk folat, potasium & lemak yang sihat untuk jantung. Disebabkan kandungan pelbagai mineral dalam buah ini, disarankan supaya wanita hamil mengambil hidangan ini sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam tempoh kehamilan. Dah makan lebih pun takper. Lagi2 sedap jika dibuat jus. Perghh !
Berikut merupakan kelebihan mineral dalam avokado untuk wanita hamil :
1. Kandungan FOLAT yang jauh lebih banyak daripada buah2 lain
: Penting untuk wanita hamil dari segi kesihatan sel & tisu janin terutamanya ketika janin sedang membesar
2. Kandungan POTASIUM yang tinggi
: Dapat mengimbangi elektrolit tubuh badan yang sememangnya penting ketika tahap jumlah darah wanita hamil yang mengandung meningkat kepada 50%
3. Kandungan Vitamin B6
: Meningkatkan sistem imun dan membantu meningkatkan kadar metabolisme badan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam jumaat..
Pembaca tersayang..masihkah anda ingat akan lagu Sepohon Kayu dari Kumpulan Saujana? Lagu ni popular pada hujung tahun 90-an. Lagu ni menjadi siulan CN dan kawan2 masa sekolah rendah dulu2. Memang best lagu ni. Tapi yang paling tak boleh lupa adalah lagu Sepohon Kayu yang di'rock'kan dalam filem Dunia Baru The Movie. Comey jer Elyana & Pierre nyanyi lagu ni. Meh kita layanz ...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Minggu lepas, CN dan family balik kampung melawat keluarga tersayang. Cuti 3 hari sempena Thaipusam digunakan sepenuhnya bersama family. Dah alang2 semua adik beradik ada, so kitorg pergi la jejalan ke Penang.
Nak dijadikan cerita, rupa2nya ramai yang tak pernah naik FERI. Ala cian... CN pun lama tak naik feri. Last naik feri masa form 2 ! Hehehe. Tapi ni 1st time la CN naik feri bersama kereta. Rupa-rupanya mmg lama yer nak tunggu turn ? Adalah dalam setengah jam kitorang tunggu turn untuk naik feri. Kalau lalu jambatan, rasanya dah lama sampai ! Tapi takper, PENGALAMAN !

Aksi Irfan diBULI ketika tidur.....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

