CheeseKut @ Cheese Cracker
Salam mesra..
Buat penggemar cheese, CN percaya ramai yang tak boleh berhenti makan CheeseKut ni atau nama komersial Cheese Cracker. Disebabkan perasaan jeles tengok kawan2 fb duk upload gambo menatang ni, CN dengan bantuan adik2 tercomey iaitu Cik Wany & Kak Iz pun dengan perasaan eksited menyediakan menatang ni yang sangat la simple dimple ! Serius, tak perlu bakar dan kukus bagai, sangat mudah dan ringkas. Meh tengok resepi dan jangan lupa try yer. All the best !!
Resepi CheeseKut @ Cheese Cracker
Bahan-bahannya cheesekut :
Biskut Jacobs Cream Cracker Original ( nak jenama lain pun takde masalah, kebetulan masa buat cheesekut ni, biskut Jacobs tengah sale..hehe)
1/2 Tin Susu Pekat Manis
250 g Cream Cheese
Susu Full Cream/Freash Milk
Cara-caranya membuat cheesekut :
1. Pukul cream cheese dengan mixer sampai kembang. Pastikan cream cheese dalam suhu bilik sebelum dimixerkan supaya dapat berkembang dengan cantik.
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis sikit2. Kemanisan terpulang kepada citarasa anda sendiri, kalau rasa nak kurang manis, letak sikit jer.
3. Kemudian, masukkan susu full cream sikit. Kalau rasa adunan tadi pekat sangat, masukkan ler lebih sikit susu full cream tu. Ok, adunan cheese dah SIAP !
4. Ambil biskut cream cracker dan celupkan sikit dalam susu full cream, kemudian susun biskut tersebut dalam bekas. Selepas satu lapis selesai, masukkan adunan cheese tersebut ke atas biskut tersebut. Langkah diulang kembali selang2 biskut dengan adunan cheese sampailah habis.
5. Taburkan serbuk coklat/coklat chip/coklat urai di atas permukaan akhir.
6. Setelah habis, tutup bekas tadi dan simpan dalam fridge semalaman.
SELAMAT MENCUBA
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Restoran Juvita
Salam mesra..
Agak lama CN tak buat segmen JJCM kan? Hokay la, kali ni CN nak berkongsi dengan anda semua 1 tempat makan BEST di Banting iaitu Restoran Juvita yang terletak di Kanchong Darat. Jika anda dari pekan Banting, Restoran Juvita terletak di sebelah kanan anda. Tak jauh dari rumah Haji Sidek bapa kepada jagohan badminton kita tu.
Hokay, apa yang best di Restoran Juvita ni ? Semestinya hidangan MESTI cuba adalah Grilled Chicken Chop With Black Pepper Sauce. Dihidangkan panas2 berasap sampai kena jauhkan Irfan dari benda ni takut mengercik ! Sauce pedas dan pekat. Portion besar dan mengeyangkan. Selain hidangan western, Restoran Juvita gak ada menyediakan pelbagai menu berasaskan seafood, ikan bakar dan goreng. CN pernah gak try siakap masak 3 rasa, sedap !
Selain di Kanchong Darat, Restoran Juvita gak ada cawangan lain yang terletak di Telok Panglima Garang, dalam bangunan pasaraya SEGI. Kalau balik sekolah tu, selalu gak ler singgah makan dekat sini. Tapi kalau siang2 takde western food. CN selalu order Sizzling Yee Mee dekat cawangan sini. Memang sedap !
Jadi kepada anda yang selalu berhujung minggu ke Morib, jangan lupa singgah ke Restoran Juvita yer !
Coconut shake untuk CN & tembikai laici untuk Encik Suami. Coconut shake ni dah sedap tapi dorang letak kacang, mmg merosakkan rasa...huhu
Chicken Chop With Black Pepper Sauce untuk Encik Suami
Grilled Chicken Chop With Black Pepper Sauce untuk CN. Nampak tak asap tu ? Menggelegak lagi tuh..hehe. Irfan ? Dia share ngn kitorang, banyak ni ! Ahaks
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Ramai yang berpendapat bahawa gadget tidak sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. Betul, CN sokong 100% ! Jika kanak-kanak terlalu bertumpu kepada gadget, perkembangan psikomotor mereka akan mengalami masalah kerana gadget cuma bertumpu kepada perkembangan kognitif dan sedikit psikomotor sahaja yang digunakan iaitu pergerakan JARI. Yang lain..nothing !
Tapi, gadget sangat penting untuk mengalih tumpuan kanak-kanak ketika perjalanan jauh. Tanpa gadget, ibubapa akan mengalami masalah anak menangis kerana kebosanan dalam kereta. Bayangkan perjalanan tak sampai 5 jam kalau drive 110km/j dari Banting ke Parit Buntar mungkin akan menjadi 8 jam jika berpaksa berhenti-henti untuk menguruskan anak yang menangis kerana kebosanan dalam kereta.
Dari pengalaman CN sendiri, first time balik kampung bersama Irfan ketika itu 3 bulan lebih, tak ada sebarang masalah sebab masih bayi dan kerap tidur. Tapi kemudian ketika Irfan dah setahun, memang berMASALAH. Budak tu sangat aktif ke depan dan kebelakang. Kemudian akan menangis sebab kebosanan. Cara nak memujuk adalah dengan GADGET. CN tunjukkan Irfan video Upin Ipin, Qasidah Ya Hanana & paling Irfan suka sampai berjoget-joget adalah video lagu Heliza - Jom Zikir. Tapi perlu diingat, jangan terlalu dedahkan anak anda dengan gadget sebab banyak kelemahan berbanding kelebihan. Tapi jika situasi yang tak dapat dielakkan, its ok ! Apa kata anda ??
Penutup entry kali ini adalah gambo ketika perjalanan balik kampung baru2 ni. Layanzzz
Pantang ayah dia keluar, mesti nk main stereng !
Haruslah bergambo di Hentian Bukit Gantang
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
~ Saat romantis berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu ~
Salam mesra..
Alhamdulillah..harini 4/2/2014, genap la usia perkahwinan CN & EA yang ke-TIGA. Bersyukur sangat tahun ke-TIGA perkahwinan kami, dimurahkan rezeki dengan pertukaran CN ke Selangor di entry SINI. Kemudian, dimurahkan rezeki lagi dengan pembelian kereta idaman kami. Kereta apa? RAHSIA... heheheh. InsyaAllah, rumah idaman kami akan menyusul kemudian.
CN bersyukur sangat mendapat seorang SUAMI yang penyayang even luaran nampak sempoi dan kasar, tapi sangat romantik dan memahami. Almaklumlah, siapa lagi nak puji SUAMI kalau bukan ISTERI kan?
Sambutan ulangtahun ke-TIGA ni jika tak ada aral melintang, kami sekeluarga akan bercuti ke tempat RAHSIA. Jangan risau, CN akan cerita dalam entry tempat RAHSIA tu yer. Cuma sementara tunggu hari tersebut, kami cuma dating ke tempat candle light dinner masa couple dulu. Tapi kali ini dating bertiga sebab tak sanggup tinggalkan si comel bersama atuk. Rasa tak sedap hati jer kalau keluar tak bawak budak comel tu.
Baiklah..CN mohon pembaca semua doakan hubungan CN & EA kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, pembaca blog CN dari hari ke hari makin meningkat bilangannya. Jika 1000 orang yang membaca entry ni doakan hubungan kami, InsyaAllah, benda yang baik juga akan berlaku kepada anda kerana jika kita mendoakan yang baik kepada orang lain, InsyaAllah, akan ada balasan yang baik juga.. Wallahhualam....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


