Sayang mereka kuat2 !
Salam mesra..
Sempena anniversary CN & Encik Suami yang kebetulan jatuh pada hari cuti sempena Tahun Baru Cina, Encik Suami dengan sukacita membawa kami anak beranak makan angin di Bagan Lalang, Sepang. Walaupun jarak dari rumah ke Bagan Lalang tak lah sejauh KL ke Bagan Lalang, CN tak pernah ke sini. Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini.
Pantainya cantik dan tenang jer. Berbanding Pantai Morib yang meriah dengan orang ramai, Pantai Bagan Lalang ni sesuai untuk bersantai sebab tak berapa ramai orang ke sini. Kebanyakannya adalah pelancong asing yang menginap di Sepang Gold Coast yang agak dasyat harga bermalamnya. Yela, paling murah pun RM500 semalam ! Rugi2....hehe
Ada pelbagai aktiviti menarik ada disini. Tapi CN dan Encik Suami cuma bergambo2 dan lepastu balik dan makan di Banting sahaja. Tak teringin lak nk makan di Pantai Bagan Lalang ni sebab dalam kepala duk terbayang chicken chop sedap di Juvita ! Ahaks ~
Encik Suami bajet bujang di Pantai Bagan Lalang
CN dan Irfan yang kemain excited berlari-lari di pantai
Budak kecik excited
Mama & Irfan ! Omel tak kitorang ? Hehehe
" Wah ! Canteknya ! " Kata Irfan sambil mengangkat kedua belah tangannya tanda awesome
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Salam mesra..
Ayah CN yang tersayang iaitu Encik Abd Talib bin Sulaiman menyambut hari ulangtahun yang ke??.
Dah tua ayah CN ni. Alhamdulillah, masih sihat dan jika tak ada aral melintang, InsyaALLAH, hujung tahun ni bakal menjadi tetamu ALLAH di Mekah.
AYAH...
Selamat hari ulangtahun yang ke??. Akak, Abg Arep & Irfan sayang ayah ketat ! Angah, Eddy, Aqila, Kak Lang, Kak Iz & Adek pun sama. Kitorang sayang ayah ketat2 ! Ayah mesti ingat tau..anak2, menantu & cucu2 ayah yang omel2 sentiasa ingat AYAH walau di mana kitorang berada.
Walaupun harini birthday ayah dan kitorang tak dapat balik kampung..cuma kiriman SALAM SAYANG yang mampu kami titipkan semoga ayah sentiasa sihat, ceria & cergas untuk beribadah kepada-Nya.
Akhir kata, semoga ayah panjang umur & sentiasa dimurahkan rezeki. LOVE u AYAH !
~ Salam sayang dari Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Peta Alir merupakan salah satu daripada 8 Peta Pemikiran dalam iThink. Sempena mengajar topik Rajah Aliran Geografi Tingkatan 3, CN telah mengarahkan pelajar menghasilkan langkah2 memasak resepi pilihan masing2 dengan menggunakan Peta Alir. Mari kita lihat kekreatifan pelajar2 CN menghasilkan karya masing2 di atas kertas PINK pilihan hati CN.
Bayam menjadi banyam ! Ok ler, janji ada..hehe
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.



