![]() |
| Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2014/2015 |
Salam mesra..
Minggu pertama bulan March agak sibuk dengan pelbagai tugasan perkeranian. Mujurlah APDM dan SPS dah setle ! Nak cerita sikit ni, tahu tak siapa setiausaha PIBG SMKTPG tahun ni ? Cepat teka ! hehehehe
Mestilah tak lain dan tak bukan, CIKGU NORAZIMAH yang omel bergaya ni ! Pergh ! Inilah kali pertama Cikgu Norazimah menjadi setiausaha PIBG tau. Sebelum ni, 3 tahun CN cuma jadi penolong SU kokurikulum jer. Apa2 pasal koko mmg terer sikitlah berbanding Irfan ! Eh ! Hehehe
Agak nerves bila orang dah lantik kita means orang percayakan keupayaan kita. Doakanlah CN mampu menjalankan tugas yang diberi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang ! Cuma tengok gambo kat atas ni, inilah wajah2 Ahli Jawatankuasa PIBG SMKTPG sesi 2014/2015. Nampak tak CIKGU NORAZIMAH yang omel kat belakang tu, dengan lipstik merah gituww ! Motip ? Hahahaha
Salam mesra..
CN dengan perasaan happy dan excited mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke-2 untuk Angah iaitu bff CN dulu, kini dan selamanya. Angah & Eddy adalah pasangan hasil recommended dari CN.
Salam mesra..
Selamat berhujung minggu pembaca tersayang ! CN tak dapat menaip entry panjang2 sebab tengah sibuk menguruskan perpindahan sementara ke Banting iaitu di rumah ibu kandung yang cun. Alkisahnya kerana pengasuh Irfan akan menunaikan umrah dari 6/3 - 18/3. Takde orang nk jaga Irfan tau..selamat la ibu kandung yang cun sanggup cuti sementara untuk menjaga cucu sulung yang hensem, kacak dan bergaya ni !
Kenapa CN kena berpindah sementara ke Banting sebab rumah hubby di Jenjarom adalah tengah2 antara Banting dan Telok Panglima Garang. Agak jenuh pagi2 kena hantar Irfan ke Banting then ke sekolah di Telok Panglima Garang ! The best solution, tinggal sementara di Banting dan terus pegi sekolah. Fuhh..harap2 Irfan tak mengamuk la dengan Opah nya. Mujurlah 3 minggu jer sekolah bulan 3 ni, hujung bulan cuti ! Horaayyy !
Hokay, nak sambung kemas baju2..hehehe
~ Entry ringkas dari Cikgu Norazimah ~



