Hari ketujuh #Cabaran20Hari dengan tajuk " Kuih kegemaran di bulan puasa".
Kuih kegemaran CN sepanjang masa tak kira bulan puasa ke tidak semestinya karipap ! Sampaikan Irfan pun mewarisi minat CN ni, dia pun suka sangat karipap tak kira inti pedas pun dia belasah. Tapi bila sebut bulan puasa, mesti akan ada kuih yang jarang-jarang nampak di hari biasa tetapi banyak di bulan puasa.
Kuih kegemaran di bulan puasa

Antara banyak-banyak kuih tu, CN paling suka kuih akok iaitu kuih yang berasal dari pantai timur. Ini semua pengaruh dari housemate masa tinggal di KL dulu. CN tinggal dengan geng Kelantan. Jadi segala jenis makanan Kelantan CN belasah. Sudah tentu paling suka adalah kuih akok. Dengan rasa lemak-lemak manis, pergh !
Jika anda, apakah kuih kegemaran anda di bulan puasa ini?
Jika anda, apakah kuih kegemaran anda di bulan puasa ini?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
"Amalan yang pertama seseorang hamba yang akan dihisab pada hari kiamat ialah solat. Jika solatnya baik, maka dinilai baik seluruh amalannya yang lain dan jika solatnya rosak maka rosak pula seluruh amalannya yang lain."

~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
Hari keenam #Cabaran20Hari dengan tajuk " Pengalaman manis dibulan puasa".
Bagi CN, pengalaman manis dibulan puasa sudah tentu dapat berbuka puasa bersama keluarga di kampung. Yela, hidup merantau ni memang susah nak balik kampung. Lagi-lagi Encik Suami sibuk berniaga bila datang bulan puasa ni, lagi la tak berkesempatan nak berpuasa di kampung.
Pengalaman manis dibulan puasa

Menariknya berpuasa di kampung adalah dapat mengimbau kenangan ketika kecil dulu. Sampai sekarang, ayah CN akan kejutkan kami adik beradik untuk bersahur. Walaupun CN dah kunci jam, ayah akan lagi cepat dari jam tu. Pukul 3 lebih dia dah kejut suruh panaskan lauk. Panaskan lauk jer kena bangun pukul 3 lebih? Itulah ayah CN, takut betul kalau lambat !
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Hari kelima #Cabaran20Hari dengan tajuk " Pengalaman pahit dibulan puasa".
Nak kata pahit, tak ada la pahit sangat. Cuma kenangan yang tak berapa best di bulan puasa adalah ditipu penjual di pasar Ramadhan. Rata-rata kawan CN pernah mengalami pengalaman ditipu oleh penjual. Yela, ketika berpuasa, kita tak boleh cuba makan yang dibeli, jadi risiko ditipu tu memang tinggi.
Pengalaman pahit dibulan puasa

CN pernah beli kuih yang dah basi, kuah asam pedas ikan kembung cenonet untuk seorang mencecah RM8 dan macam-macam lagi. Itu semua pengalaman ketika tinggal bujang di KL dulu. Yela, bila tinggal bujang memang dapur tak berasap sebab malas nak masak. Penyelesaian adalah beli makanan di pasar.
Jadi bila dah kena tipu,, memang CN cuma akan beli dekat orang yang CN kenal jela. Tak berani dah try-try beli dekat orang ni la, orang tula, takut kena tipu ! Sekarang dah tinggal dengan family, memang hari-hari masak sendiri. Penat macam mana pun akan gagahkan diri juga untuk memasak sebab taknak beli makanan diluar. Dah la mahal, kebersihan dan kemurahan susah untuk dijamin.
Nasihat CN kepada penjual di pasar Ramadhan, jujurlah dalam perniagaan, anda tidak akan kaya dengan menipu orang. Dapat sumpahan percuma adalah ! Hehe