Plaza Low Yatt
16 Mei adalah Sambutan Hari Guru ye. Alahai manusia. Kes #PlazaLowYat ni CN tak nak komen apa-apa lagi. Kita tunggu jela berita ye. Cuma tersentak dengan komen di fb ni, alahai ! Memang kelakar. Dia dah habis marah, tapi boleh silap pulak 13 Mei dengan 16 Mei.
"Abang, Sejarah SPM dulu lulus ke gagal ?" Ops ! Hehe
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Hari kelapanbelas #Cabaran20Hari dengan tajuk "Nostalgia kad raya".
Amalan membalas kad raya semakin dilupakan di zaman ICT sekarang ni. Jika tahun lepas, CN dapat 3 kad raya, tahun ni CN baru dapat 2 kad raya, 1 dari sorang student & 1 lagi dari Kak SuriaAmanda.
Amalan membalas kad raya semakin dilupakan di zaman ICT sekarang ni. Jika tahun lepas, CN dapat 3 kad raya, tahun ni CN baru dapat 2 kad raya, 1 dari sorang student & 1 lagi dari Kak SuriaAmanda.
Nostalgia kad raya

Jika di sekolah lama CN iaitu SMK St. Mary KL, pengetua CN iaitu Cik Goh Hai Bee akan bagi kad raya kepada semua staff melayu dengan tulisan tangan beliau yang cantik. Memang 4 tahun di sana, setiap kali nak raya CN akan tertunggu-tunggu kad raya dari beliau. Setiap ucapan adalah berbeza mengikut cikgu. Memang menyentuh perasaan. Sampai sekarang CN masih menyimpan kad raya tu tau. Memang susah nak jumpa boss macam tu, walaupun tegas, tapi masih mengambil berat akan hal staff nyer. InsyaAllah, jika CN ditakdirkan menjadi seorang pengetua, CN akan jadikan Cik Goh sebagai rujukan. Antara top pengetua di KL tau Cik Goh CN tu !
Anda pula bagaimana, apakah nostalgia kad raya anda?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Sebelum ini CN pernah berkongsi Resepi Ayam Goreng Ayamas Telur Masin, kali ini kita tukar pulak ke sotong sebab CN memang suka sangat sotong. Mudah jer untuk menyediakan sotong goreng telur masin ini. Jom kita masak ye.
Sotong Goreng Telur Masin
Resepi Sotong Goreng Telur Masin Sedap
Bahan-bahan sotong goreng telur masin
1. Sotong yang dicelur sekejab
2. Beberapa biji cili api
3. 3-4 ulas bawang putih dicincang
4. Beberapa helai daun kari
5. 3 biji telur masin yang telah direbus dan diambil kuningnya sahaja
6. 5 sudu besar susu segar / susu cair
7. Stok ayam
8. Sedikit , telur, tepung jagung dan tepung gandum untuk menggoreng
9. Sedikit butter
Cara-cara penyediaan sotong goreng telur masin
1. Campurkan kuning telur bersama susu segar dan stok ayam, kacau rata dan asingkan
2. Celupkan sotong dalam bancuhan telur dan celup pula dalam campuran tepung jagung dan tepung gandum dan goreng sampai garing. Angkat dan toskan.
3. Panaskan butter dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili padi. Masukkan telur masin tadi dan daun kari dan kacau hingga garing. Masukkan sotong goreng tepung tadi dan siap sotong goreng telur masin yang sedap !
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
Projek Kartun Sedekah
Sempena 10 hari terakhir Ramadhan ini, admin page KongsiNilai nak lukis PERCUMA karekter kartun anda.
Bagaimana caranya?

Cara Tebus Kartun Karakter Anda Percuma
1. Salurkan sedekah anda seikhlasnya ke mana-mana golongan yang memerlukan, contoh seperti dalam kartun disebelah.
2. Dapatkan resit/bukti sedekah yang anda berjaya salurkan. Resit zakat pun boleh !
3. Mesejkan/PM bukti sedekah dan gambar anda ke fanpage KongsiNilai untuk dilukiskan. (Anda boleh cover bahagian jumlah derma yang disalurkan)
Mudah bukan?
Projek Pembinaan Dewan Terbuka SMKTPG memerlukan penderma seperti anda.
Perlukan resit? Cuma PM/Email CN untuk dapatkan resit.
Jom kita menderma dan beramal di 10 malam terakhir Ramadhan ini.
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~






