T-Shirt Couple
T-shirt Save Gaza tu Encik Suami beli sempena kutipan derma untuk Gaza. Dia beli 2 semestinya untuk dia dan isteri tersayang. T-shirt #MSUcares tu pulak CN beli dekat adik ipar yang belajar di MSU sempena kutipan derma untuk mangsa banjir di Pantai Timur. Pun sama CN beli 2 semestinya untuk CN dan Encik Suami. Dan T-shirt hitam kesayangan iaitu EFG ni CN beli sempena menjadi ahli dalam group awesome ni, masih lagi dengan tema hitam dan masih lagi beli 2 untuk CN dan Encik Suami.
Nak dijadikan cerita, ini antara koleksi t-shirt hitam couple yang sempat CN snap gambar. Ada banyak lagi tapi tak larat nak cari sebab terperosok nun jauh dalam almari ! Hehehe
Banyak pulak t-shirt hitam dalam koleksi CN ni, tu belum termasuk t-shirt kelas selaku guru kelas. Budak-budak sekolah ni pun suka benor pilih kaler hitam. Siapa banyak koleksi t-shirt macam CN ni meh give me 5 !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sambal Belacan Pedas Berasap
Ibu mengandung kali ini craving nak makan sambal belacan. Apa susah, ambil segenggam cili padi, bawang besar, sedikit belacan dan digoreng tanpa minyak sekejab atas api. Lepastu blender bersama air asam jawa, sedikit garan dan gula sebab ibu mengandung tak larat nak tumbuk cili bagai.
Tara ! Siap sudah sambal belacan pedas berasap homemade by ibu mengandung dimakan bersama kobis masak lemak putih dan ikan parang goreng ! Pergh ! Encik Suami yang over makan menambah-nambah berbanding ibu mengandung yang craving sambal belacan ni ! Hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Harapan & Realiti
Inilah realiti sebenar, memang ada wanita yang tidur cantik molek gayanya, tapi 10% mungkin. Selebihnya adalah seperti gambar bawah ! Hehe
CN antara golongan gambar kedua tu. Setakat Encik Suami kena sepak dengan CN masa tidur tu perkara biasa ! Siapa geng dengan CN ngaku cepat ! Sep sikit !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem
Tenangnya melihat wajah si kecil tengah tidur kan ? Pernah tak anda berasa 'serabut' bila si aktif ni berjaga tapi bila dia tidur rasa sunyi sangat? Inilah anak..anugerah terindah dari Allah S.W.T.
Tapi kesian dekat si kecil ni, antara alahan CN masa preggy ni adalah Irfan. Senang betul CN bau busuk dekat Irfan ni. Lagi-lagi bila dia berpeluh, memang busuk sangat bagi CN. Irfan cuma wangi bila lepas mandi dan bila CN letakkan dia bedak. Kesian anak hensem CN sorang ni. Harap-harap Irfan tak kecil hatilah dengan CN ye...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~