Sumbangan 2 Juta Pounds
Alahai, baiknya hati Puan Nur Aishah dan suami yang ingin menyumbangkan 2 juta pounds kepada CN atas alasan tidak dapat hidup lama. Almaklumlah, tiada cahaya mata. Eh ! Yeke?
Anda pernah menerima email seperti ini? Nampak macam real je kan? Tapi cubalah reply emailnya, pasti dia akan meminta sejumlah duit atas alasan kos peguam. Macam-macam cara nak menipu sekarang ni ! Alahai...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cara Memikat Lelaki
Hah ! Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang 4C strategi memikat lelaki. Boleh dijadikan panduan untuk mereka yang masih lagi mencari pasangan hidup. Tip ini CN kongsikan dari Majalah Wanita Jun 2015 hasil penulisan Prof Madya Dr. Rusinah Siron.
4C Strategi Memikat Lelaki
1. CANTIK
Jadilah wanita yang cantik luaran dan dalaman untuk menarik perhatian lelaki diminati. Pakai pakaian yang sopan, ayu dan cantik dipandang mata. Tidak perlu pakaian yang sarat batu2 untuk menarik perhatian lelaki. CN ada seorang kawan lelaki yang memang suka tengok wanita berkurung cottan. Dia cakap apabila wanita berkurung cottan dan bertudung bawal, nampak ayu dan sopan je. Selain itu, hati yang bersih dari hasad dengki juga akan menyerlahkan seri wajah. Lelaki memandang pasti terpikat dan terikat hatinya !
2. CERIA
Paparkan sikap yang ceria dan gembira dengan rakan2. Bergaullah secara santai dan spontan. Boleh bergurau senda tapi elak berlebihan. Jaga kesopanan dan tingkah laku, tentu lelaki yang memandang akan tersangkut hatinya.
3. CERGAS
Mana-mana lelaki pun akan suka wanita yang cergas dan pantas. Bukan wanita yang lemah, letih, lesu dan layu. Anda boleh dekati lelaki yang diminati dengan memulakan perbualan tentang bola sepak ataupun sukan yang diminatinya. Walaupun anda sendiri berasa bosan tetapi tidak salah untuk cuba menyukai sukan tersebut.
4. CERDIK
Jadilah wanita yang cerdik di mata lelaki. Cerdik bukan kerana gred anda lebih tinggi tapi cerdik minda dengan pelbagai kemahiran dengan ilmu yang membuatkan anda petah berbicara. Berbincang, berdebat dan berbual topik tentang isu semasa.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Program Mentor Mentee Blogger
Program ini baru bermula bulan ini di bawah EFG dan CN sebagai mentor baru berkesempatan up entry tentang mentee CN yang inesen cute ni ! Sebenarnyakan, CN ni agak tidak layak untuk menjadi mentor sebab masih banyak lagi yang CN perlu belajar dalam berblog ini. Tapi disebabkan uv blog www.cekgunorazimah.com yang maintain atas 500 dan pernah mencecah hingga ke ratus ribu uv ketika musim PT3 membuatkan CN terpilih sebagai mentor. Apa yang CN lakukan adalah berkongsi apa yang telah CN buat untuk menaikkan blog kepada mentee yang tersayang.
Empat mentee dibawah bimbingan CN iaitu Along, KG, Lela dan Kechik. CN berharap agar mentee inesen cute ini mampu mencapai uv yang meletop pada bulan ini. Jom kita terjah blog mentee CN yang gigih up entry yang meletop untuk mencapai target bulan ini. Semoga mereka semua berjaya InsyaAllah.
RahimAim ( www.rahimaim.com )
KakGojes ( www.kakgojes.com )
Aswaleyla ( www.aswaleyla.com )
Mieza Suhaini @ Kechik ( www.kanvasdakwat.blogspot.com )
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Perkembangan Janin Dalam Rahim Ibu
Subhanallah ! CN kalau tengok video perkembangan janin dalam rahim ibu ini pasti akan berasa sebak dan terharu. Besarnya kuasa Allah SWT. Besarnya pengorbanan seorang ibu semasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anaknya.
Lagi-lagi ketika CN sedang mengandung anak kedua ni dan mengalami alahan yang lagi dasyat dari Irfan dulu, tidak sedar mengalir air mata ketika menonton video ni.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~








