Sambutan Hari Kemerdekaan
Sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah kali ini agak meriah dimana guru-guru dikehendaki berpakaian seperti orang dulu-dulu dengan guru wanita berkain batin di kepala. Ayu gituew tau !
Lagi-lagi gambar di bawah ni. Encik Suami siap tegur nak ke sekolah ke nak ke mana ! Hehe
Pelbagai acara diadakan dan yang paling best adalah kelas CN iaitu 3 Progresif mendapat anugerah Sehati Sejiwa kerana sepakat 3 kaum di dalam kelas tersebut iaitu melayu, cina dan india menghias kelas. Memang ketara semangat 1Malaysia antara mereka ketika menghias kelas. Walaupun kelas 3 Progresif ni merupakan kelas kedua hujung, tapi semangat mereka dipuji oleh ramai guru. Gambar hiasan kelas akan CN up kan dalam entry lain kali ye.
Ok, layan kan jela beberapa gambar yang sempat CN kumpulkan.
Perarakan dengan motor vespa
Wajah-wajah anak Malaysia
Cikgu-cikgu pun haruslah berposing ye
CN & Cikgu Syuhada, berpeluh kitorang dengan batik di kepala ni tau ! Hehe
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem
Gambar kiri di bawah adalah Encik Suami manakala gambar kanan tu adalah Irfan Hensem. Dorang ni mempunyai persamaan dari segi mata dan kening. Memang sama. Asalnya CN nak Irfan buat gaya macam ayahnya seperti dalam gambar, tapi dah nama budak aktif, memang sukar untuk mendengar arahan. Siap nganga mulut lagi tu ! Alahai Irfan...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Semak Broken Link (Link Rosak)
Antara rutin bulanan CN dalam maintenance blog adalah semak broken link. Ini kerana broken link boleh mengganggu carian pada Google. Apabila terdapat banyak broken link pada sesuatu blog, itu akan mengganggu SEO serta SERP blog tersebut.
Anda boleh semak broken link di Free Broken Link Checker seterusnya membaiki sendiri link yang rosak tersebut. Walaupun agak leceh untuk baiki, tapi demi blog tersayang, usahakan juga.
Untuk semakan kali ini, terdapat 104 broken link dan kebanyakan broken link adalah dari entry giveaway & segmen yang CN join. CN pun pelik kenapa ramai penganjur segmen & giveaway suka mendelete entry giveaway & segmen mereka. Bila mereka delete entry tersebut, secara automatik backlink yang CN berikan terhadap entry mereka menjadi 404 Error ! Hah ! Ini yang leceh kena buang manually link tersebut. Alahai...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Khasiat Daun Kari
Daun kari merupakan bahan penting untuk masakan kari. Cuma itu yang CN tahu mengenai daun kari, tetapi rupa-rupanya daun kari juga mempunyai pelbagai khasiat lain. Tidak sangka kan, daun kari yang kecik tu mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi.
Ga,mbar sumber SINI
Di sini CN kongsikan 7 khasiat daun kari yang patut anda tahu.
1. Daun kari boleh membantu merawat bengkak di tubuh badan
2. Daun kari baik untuk mencegah kencing manis
3. Daun kari baik untuk penghadaman
4. Daun kari baik untuk menghitamkan rambut
5. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung !
6. Daun kari boleh digunakan untuk menghalau nyamuk
7. Daun kari dapat mengurangkan kolestrol dalam badan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~








