#SehatiSejiwa
Alhamdulillah, sempena dengan Sambutan Kemerdekaan Peringkat SMKTPG 2015, kelas 3P iaitu kelas CN telah memenangi Anugerah Khas : Sehati Sejiwa sempena semangat 1Malaysia dalam menghias kelas. Semakin bersemangat pelajar CN yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar yang gagal dalam semua matapelajaran. Walaupun mereka lemah dalam akademik, tapi semangat setiakawan mereka harus dipuji. Melayu, cina dan india bersama-sama #SehatiSejiwa menghias kelas sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-58.
Antara hiasan kelas dan lukisan mural oleh pelajar kelas 3P
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Surat Pengesahan Dari Google
Akhirnya surat cinta yang ditunggu-tunggu dari Encik Google tiba juga. Lama CN tunggu surat ini.
Surat apakah itu?
Inilah surat yang ada nombor pin untuk akaun Google Adsense. Dengan nombor pin ini, barulah CN boleh dapatkan payment dari Abang Google ni. Alhamdulillah, tidak sia-sia CN putus cinta dengan Abang Nuffnang tau, Abang Google ni lagi baik hati !! Hari-hari ada je duit masuk, walaupun sikit bila dikumpul sebulan banyaklah juga..weee
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ragam Ibu Mengandung
Bila preggy, CN pasti akan mengalami mabuk-mabuk dan tak tahan bau tumisan. Serius apa-apa tumisan yang melibatkan minyak panas pasti akan meloyakan CN ! Entah kenapa, busuk sangat bagi CN..lagi-lagi bau ikan goreng, pasti berselubung dengan tuala menutup hidung! Tapi alhamdulilah, part makan okay pulak. Tekak boleh je terima makanan bergoreng, cuma hidung tak tahan bau ketika proses memasak je.
Eh! Kalau tak boleh bau siapa pula yang memasak ye?
Siapa lagi, mestilah Encik Suami tersayang. Bersyukur sangat dapat suami yang boleh memasak, siap boleh demand nak makan apa lagi taww !! CN harap sangat cepatlah berakhir mabuk-mabuk ni, nak fokus kembali kepada blog sebab bulan Ogos agak menjunam UV blog gara-gara mabuk tengok laptop.
Doakan CN cepat okay ye sebab tangan dah gatal nak blogwalking blog rakan-rakan blogger yang rajin mengomen di blog CN walaupun CN tak berkesempatan untuk membalas kunjungan. InsyaAllah bila dah okay nanti CN akan boom komen ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Amalan Baik Untuk Ibu Hamil
Sememangnya ibu hamil perlu melakukan amalan-amalan yang baik supaya kandungan yang dikandung mendapat tempiasnya. Bacaan Al-Quran dan zikir oleh ibu hamil amat digalakkan dalam Islam supaya anak yang dikandung mendengarnya selain melindungi kandungan dari 'benda-benda' yang tidak baik.
Berikut merupakan amalan baik yang digalakkan dilakukan oleh ibu hamil :
1. Banyakkan zikir dan istifar.
2. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas 3 serta ayat kursi selepas solat dan sebelum tidur.
3. Khatam Al-Quran dimana bukan fokus kepada beberapa jenis surah sahaja.
4. Banyak membaca kalimah “Laa haula walaa quwwata illaa billaah”
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~








