Persoalan yang kita sendiri sukar untuk menjawabnya.
Pisang emas yang dibawa belayar tu dah sampai ke mana?
Tersedak CN duk baca komen cikgu-cikgu ni. Memang sporting dan kreatif ! Pernah tak anda terfikir kemana pisang emas tu dibawa belayar? Ok gak idea ni untuk menjawab kemungkinan persoalan yang dasyat-dasyat dari pelajar sekarang ini. Almaklumlah, budak-budak sekarang makin cerdik. Cikgu pun kena lagi cerdik ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Educational Quotes
" Learning is a treasure that will follows its owner everywhere "
Credit : www.learningliftoff.com
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Ayam Masak Halia
Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.
Ayam Masak Halia
Bahan-bahan ayam masak halia :
Semangkuk isi ayam dipotong kepingan
Seinci halia dihiris memanjang
1/4 bawang kuning Holland dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
Sedikit hirisan cili merah
Seinci lobak putih
Seinci lobak merah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Garam
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Air
Minyak masak untuk menumis
Hirisan daun bawang dan daun sup
Cara memasak ayam masak halia :
Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang kuning, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan lobak putih dan lobak merah. Kacau sehingga ayam dan kesemua lobak hampir masak. Masukkan bancuhan tepung jagung biarkan merenih. Perasakan dengan lada hitam, garam dan sos tiram. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang anda mahukan dan biarkan merenih seketika. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau seketika dan tuangkan ke dalam mangkuk hidangan.
Nikmati dengan nasi panas. Memang mengenyangkan dan menyelerakan. Selamat mencuba!!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Perbezaan Qurban & Aqiqah
Kadang kala kita sering tersilap antara ibadah qurban dan ibadah aqiqah. Disebabkan CN mendapat soalan taraf ustazah dari seorang pelajar berkenaan perbezaan antara ibadah qurban dan ibadah aqiqah, maka terhasil la entry ini hasil dari rujukan ke beberapa orang Ustazah bertauliah. Di harap dapat membantu pemahaman kita lagi berkenaan 2 jenis ibadah ini.
3 Perbezaan Ibadah Qurban & Ibadah Aqiqah
1. Ibadah Qurban sangat dituntut kepada orang yang menunaikan haji dan juga orang yang tidak menunaikan haji. Manakala ibadah Aqiqah pula adalah sangat dituntut kepada orang yang wajib memberi nafkah daripada hartanya kepada seseorang kanak-kanak.
2. Ibadah Qurban hanya sah dilakukan pada Hari Raya Haji iaitu pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik iaitu tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah tiap-tiap tahun. Manakala ibadah Aqiqah pula sah dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun
3. Ibadah Qurban dikaitkan dengan ibadah haji manakala ibadah Aqiqah pula dikaitkan dengan kelahiran anak.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~