26 Minggu Kehamilan
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-26 kehamilan. Dah makin besar perut tapi baju preggy tak beli lagi ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan makin besar makin macam-macam perangai dia. Kalau amik gambo ada je gaya dia yang pelik-pelik. Rambut tu macam dah panjang, sayang pulok nak potong. Macam kpop kan? hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Taman Rekreasi Banting
Taman permainan ini terletak berhadapan dengan Hospital Banting memang meriah dengan pelbagai aktiviti di petang hari. Tarikan terbaru di Taman Rekreasi Banting ini adalah tempat khas untuk bermain rollerblade dan skateboard.
Permainan rollerblade dan skateboard menjadi trend kini. Tetapi jangan pula anda fikir bahawa CN yang bermain rollerblade ni. Agak-agak la dengan perut besar ke depan untuk bermain permainan ini. Silap hari bulan terus kena paksa warded di Hospital Banting pula, tak ke naya tu? Hehehe
CN dan adik membawa anak-anak melihat orang bermain rollerblade dan skateboard disini selain bermain pelbagai permainan yang terdapat di taman rekreasi ini. Semestinya anak saudara CN si Aqila sangat teruja untuk memiliki rollerblade warna pink, Irfan pula macam tak kisah je. Oklah, jimat duit dari beli rollerblade tu..ahaks~
CN & Miza berwelfie tika anak-anak sibuk bermain
Eh, Irfan & Aqila pun nak join kitorang berwelfie.
Pakngah melayan anak-anak melihat orang bermain rollerblade dan skateboard
Owh...dating ye?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~