Kalendar 2016 Gambar Kartun
Pejam celik pejam celik, kita hampir ke penghujung tahun 2015. Disini CN kongsikan dengan anda kalendar 2016 yang sangat comel dengan karakter kartun hasil ciptaan blogger shadawentz.
Ini baru bulan Januari, comel kan? Anda boleh download kalendar ini di link di bawah ye. Jangan risau, ianya PERCUMA !!
DOWNLOAD Kalendar 2016 by shadawentz
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Warehouse Sales Peace Banting
Buat warga Kuala Langat, Hq Peace Collection yang terletak di Banting kini mengadakan warehouse sales lagi ! Musim perlu berjimat ni, memang berbaloi kalau pergi ke warehouse sales macam ni. Untuk fasa pertama shoping, CN dah borong Bb Natural baby wipes and baby bath. Memang murah dari harga biasa. 'Ter'beli juga rompers untuk si kecil yang bakal lahir ni.
Pada mulanya CN ingin shoping baju ibu mengandung, tapi tiada yang berkenan. Kasut wanita memang banyak yang cantik, tapi bila mengenangkan diri yang preggy, simpan je keinginan untuk menambah koleksi kasut.
Jadi apa tunggu lagi, jom ke Peace Warehouse Sales yang bermula pada 18/12/2015 sehingga 3/1/2016.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
info
Tempat Menarik Di Shah Alam
Taman Botani Shah Alam ataupun dikenali juga sebagai Bukit Cahaya atau Bukit Cherakah merupakan antara destinasi menarik untuk dilawati di Shah Alam. Terletak di Seksyen 8 Shah Alam, amat mudah untuk kesini. Sighboard pun banyak sebagai panduan kepada mereka yang pertama kali ke sini.
Seingat CN, kali terakhir CN ke sini adalah tahun 2009 iaitu zaman anak dara. Masa tu dating dengan bff naik basikal pusing 1 taman, memang best. Tapi kali ini datang bersama si kecil Irfan dan ibu yang sakit kaki, kitorang naik bas je. Bila naik bas, tempat yang dilawati memang terhad. Its okay, lain kali datang lagi ye !!
![]() |
Rumah Iklim Sederhana 4 Musim |
Rumah Iklim Sederhana 4 Musim
Antara tempat menarik di Taman Botani Shah Alam adalah Rumah Iklim 4 Musim. Bayaran pulak cuma RM3 untuk dewasa dan RM5 untuk musim salji. Sepatutnya ketika CN datang adalah musim salji, tetapi tempat ni ditutup sempena penyelenggaraan. Memang kecewa tak dapat masuk. Its ok, di kawasan sekitar Rumah Iklim 4 Musim ini pun ada banyak tempat cantik untuk bergambar. Macam gambar di bawah adalah replika rumah kecil. Seronok Irfan bermain di sini.
![]() |
Replika rumah kecil di belakang Rumah Sederhana 4 Musim |
![]() |
Welfie di air pancut berdekatan dengan Rumah Sederhana 4 Musim |
Taman Haiwan, Taman Botani Shah Alam
Taman Haiwan di Taman Botani Shah Alam bolehlah dikatakan mini zoo kerana terdapat pelbagai haiwan yang jinak. Irfan memang enjoy di Taman Haiwan di sini. Berpeluh-peluh dia berjalan melihat pelbagai jenis binatang. Paling Irfan suka adalah rusa yang jinak dan kuda padi yang relax je melayan keletah kami sekeluarga. Burung kakak tua di sini memang peramah dan 'banyak cakap'.
![]() |
Kuda padi yang sporting melayan kerenah kami |
![]() |
Senang je Irfan lap peluh, pakai shirt je padahal CN dah prepare towel, alahai anak.. |
![]() |
Irfan yang eksited bersama Acu |
Bayaran Masuk ke Taman Botani Shah Alam
PERKARA
|
KADAR HARGA
(1 Unit @ 1 Hari) | |
HARI BIASA
|
H. MINGGU /
KELEPASAN AM | |
KAUNTER UTAMA DAN KAUNTER TEMPAHAN DAN PENGINAPAN
| ||
Tiket masuk dewasa (12 – 54 tahun)
|
RM 3.00
| |
Tiket masuk kanak-kanak (6 – 11 tahun)
|
RM 1.00
| |
Tiket masuk warga emas (55 tahun ke atas)
|
RM 1.00
| |
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kelainan Upaya
|
Masuk Percuma
| |
KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM
| ||
Musim Lain
|
Musim Salji
| |
Tiket masuk dewasa (12 tahun dan ke atas)
|
RM 3.00
|
RM 5.00
|
Tiket masuk kanak-kanak (4-11 tahun)
|
RM 1.00
|
RM 3.00
|
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, Rumah Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya
|
Masuk Percuma
| |
PENGINAPAN
| ||
Penginapan Kg Idaman
|
RM 80.00
|
RM 100.00
|
BAYARAN TEMPAT LETAK KENDERAAN
| ||
Kereta
|
RM 3.00
| |
Motorsikal
|
RM 1.00
| |
Bas
|
RM 5.00
| |
LAIN-LAIN BAYARAN
| ||
Dewan Makan Kg Idaman (1 Unit)
|
RM100.00
| |
Tapak Hari Keluarga (7 lokasi)
|
RM 100.00
| |
Kolam Renang & Tepian Kolam
|
RM 500.00
| |
Caj Pengambaran
|
RM 1,000.00
|
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pinjaman Perumahan Kerajaan
Diberitakan dalam bulan September 2015 yang lalu, permohonan pinjaman perumahan kerajaan tidak lagi semudah sebelum ini. Kali ini kerajaan memperkenalkan syarat Debt Service Ratio (DSR) bagi permohonan baru tidak melebihi 60%.
Ketat sedikit tetapi tidaklah teruk sangat kerana DSR ini hanya untuk pinjaman yang ada pemotongan bulanan di atas slip gaji sahaja. Pinjaman di luar tidak dipeduli.
Jika anda adalah kakitangan kerajaan adalah lebih baik anda menyemak dahulu dengan bahagian pinjaman perumahan (BPP) sebelum anda membuat keputusan membayar booking dan menandatangani S&P. Ini kerana, selain BPP tiada pihak lain yang mampu mengatakan berapa amaun layak anda pinjam kerana cara pengiraan itu ditentukan oleh BPP.
Jadual di bawah adalah kelayakan pinjaman jika didapati DSR anda (termasuk komitmen baru) dalam slip gaji tidak lebih 60%.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~