Silence is Golden....
Unless you have kids, then Silence is Suspicious !!
So true right??
Hehehe

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan Hensem anak Cikgu ICT
Inilah dia anak Cikgu ICT, dah bijak guna laptop. Dia tahu je nak on laptop macam mana & nak tengok Youtube atau cari cerita favourite di Folder yang CN khaskan buat si kecik ni. Pada mulanya memang CN taknak terlalu dedahkan si kecil ni dengan laptop, tapi disebabkan hari-hari memang CN mengadap laptop sama ada atas urusan kerja atau blogging, maka terpaksa juga biarkan si kecil ni explore penggunaan laptop.
Mujur CN ada 2 laptop, jadi memang laptop lama khas buat si kecil ni. Memang pada mulanya terjadi kejadian pelik terhadap laptop CN bila tangan si kecil ni explore, tapi bila kita guide, Alhamdulillah, dia semakin mahir. Tapi perlu diingat, limitkan masa penggunaan anak bersama gadget ye..
Luangkan masa bersama si kecil bermain lego, play doh serta main lawan-lawan. Ini akan meningkatkan sistem kognitif serta psykomotor si kecil.
Sesungguhnya pendedahan si kecil terhadap gadget banyak kelebihannya. Sekurang-kurangnya, apabila si kecil sudah terdedah dengan gadget, dia tidak akan menjadi 'jakun'. Betul kan?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Beza bila orang lelaki dan perempuan upload gambar diorang kat Facebook dan Instagram. Lepas tu tunggu orang komen "Wow, flawless'nya kulit you...". Then jawab "Eh tak la biasa-biasa jer..."
Ahaks~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Keletah Si Kecil
Apabila Irfan bertemu dengan sepupunya anak adik CN si Mizah iaitu Aqila & Afiq, memang meriah rumah opah jadinya. Sekejab je rumah opah berselerak hasil kerja budak bertiga ni ! Apa yang menarik, budak bertiga ni mempunyai iras wajah yang sama dek kerana bentuk kening yang sama. Kalau pergi jalan-jalan memang ramai ingat dorang bertiga ni adik beradik. Umur pun selang setahun je.
![]() |
Irfan & Afiq dengan cekak rambut milik Mak Uda, kemain seronok bergelak ketawa. |
![]() |
Irfan berwelfie dengan Aqila. Irfan ni memang suka sangat bergambar dengan front camera, perasan hensem la tu...hehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~