Abang Irfan Hensem
Irfan Hensem baru menjadi abang long kepada sepupu dia yang baru lahir hujung bulan Oktober yang lalu. Irfan merupakan cucu sulung dan baby baru ini adalah anak dara kepada adik ipar CN yang diberi nama Annur Atiyah Asyurah.
Alhamdulillah, Irfan memang sayangkan baby Atiyah ini. Memang ada rupa abang penyayang dan dia akan baring disebelah baby Atiyah konon-konon sebagai bodyguard kepada si kecil ni. Bila baby Atiyah menangis, Irfan akan tepuk-tepuk lembut kaki si kecil. Bila suruh cium, dia akan cium dahi baby Atiyah. Alahai sweetnya. Lega hati CN tengok si Irfan tidak 'kaco' si kecik ini. Harap-harap dengan adik kandungnya yang InsyaAllah akan lahir bulan March nanti pun macam ini lah.
Semoga Abang Irfan Hensem menjadi abang yang sweet dan baik ye. InsyaAllah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kisah Nabi
Cerita nabi dalam bentuk bergambar seperti di bawah sangat menarik untuk si kecil. Ceritanya ringkas dan mudah difahami oleh si kecil anda. Disini CN kongsikan koleksi cerita nabi dari Ashar Purwanto yang dikongsi di facebooknya.
Cerita Nabi Ishaq a.s.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Rambut kPop
Ada rupa rambut kpop tak? Dah panjang rambut anak bujang CN sorang ni. Dua tiga minggu ni CN agak sibuk dengan pelbagai meeting dan program awal tahun di sekolah sampaikan tidak sempat ajak Encik Suami pegi potong rambut si kecik ni.
Tapi kan bila dah panjang macam ni nampak comel dan kpop pulak, nak potong ke taknak ni? Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kisah Nabi
Cerita nabi dalam bentuk bergambar seperti di bawah sangat menarik untuk si kecil. Ceritanya ringkas dan mudah difahami oleh si kecil anda. Disini CN kongsikan koleksi cerita nabi dari Ashar Purwanto yang dikongsi di facebooknya.
Cerita Nabi Ismail a.s.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~






