Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
Si bambam #IrfanHensem versi gegurl ! Ini adalah pembulian bergabung atuk dan arwah nenek Irfan. CN cuma tukang amik gambar je.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Elakkan Beras Berkutu
CN paling tak suka kehadiran kutu beras yang warna hitam tu. Agak leceh bila membasuh beras, jenuh nak kutip satu-satu sampai hilang ketika memasak nasi. Walaupun disimpan di dalam bekas beras, tetap datang si kutu yang annoying tu.
Disini CN terjumpa petua untuk mengelakkan beras berkutu. Amat mudah petua ini.
Disini CN terjumpa petua untuk mengelakkan beras berkutu. Amat mudah petua ini.
Mengelakkan Beras Berkutu
Masukkan beberapa helai daun limau purut atau cili kering di dalam tempat simpanan beras. Mudah bukan? Jom cuba.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tanda-tanda hendak bersalin
Dengan mengenali tanda-tanda hendak bersalin, anda akan mengetahui waktu yang tepat untuk ke hospital. Pengalaman CN masa hendak bersalinkan Irfan dulu, almaklumlah anak pertama, bila rasa sakit kontraksi yang memang menyakitkan terus diajak Encik Suami ke hospital. Bila check bukaan baru 2cm. Dah kena balik rumah 'melayan' sakit kontraksi yang kejab-kejab datang atau lebih dikenali sebagai braxton hicks.
Apakah 3 tanda hendak bersalin yang perlu ibu hamil tahu?
1. Kontraksi yang teratur
: Kontraksi yang dirasai pada kali ini tidak seperti kontraksi braxton hicks dimana ia timbul secara teratur. Pada permulaannya, kontraksi hanya sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah lama dan kuat serta selang masa adalah singkat. Ketika kontraksi sudah teratur, mulalah kira waktunya. Kelahiran akan terjadi apabila kontraksi menjadi semakin dekat iaitu 40 saat antara satu sama lain.
2. Lendir bercampur darah
: Pengeluaran lendir bercampur darah terjadi disebabkan oleh sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah. Pengalaman CN sendiri, lendir bercampur darah ini telah keluar sehari sebelum bersalin.
3. Air ketuban pecah
: Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar. CN pula ketuban dipecahkan ketika di dalam labour room. Untuk pengetahun anda, air ketuban ini berbentuk bersih, jernih dan tidak berbau.
Sudah mempunyai salah satu tanda hendak bersalin ini?
Apa tunggu lagi, cepatlah menyerah diri di hospital ye. Tapi sebelum itu, pastikan anda makan terlebih dahulu kerana proses bersalin adalah memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Untuk anak kedua ini harap-harap CN lebih bertenang dan dapat makan sebelum bersalin kerana ketika Irfan dulu, CN langsung tak boleh makan disebabkan mual dan loya. Akibatnya memang semput dan tidak bermaya la semasa proses bersalin. Syukur alhamdulillah, walaupun tenaga tidak berapa kuat, mental yang kuat membolehkan CN bersalin secara normal.
p/s: Serius CN memang lupa rasa sakit bersalin tu macam mana. Cuak pula menunggu kelahiran kali kedua ini.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tips Sambal Tumis Sedap
Bukan mudah untuk menghasilkan sambal tumis yang sedap. CN sendiri kadang-kadang hari ini sambal tumis sedap, bila masak esoknya macam tak sedap pulak ! Memang bukan tangan chef ! Hehehe
Ok, disini CN kongsikan 3 tips sambal tumis sedap yang dikongsi oleh rakan di facebook untuk rujukan CN dan pembaca juga. Jom kita cuba. Manalah tahu lepas ni boleh pencen awal dan bukak kedai makan pulak ! Ahaks
Tips 1 : Jangan kisar bawang sampai hancur
Sebaiknya bawang tidak dikisar hancur supaya manis bawang terasa. Bawang juga boleh digiling/ditumbuk dan rasanya juga akan jadi lebih sedap.
Tips 2 : Cara masukkan gula
Masukkan gula hanya selepas sambal telah pecah minyak. Sebaiknya jangan kacau sambal seketika selepas gula dimasukkan agar ia bertukar karamel dan warna sambal juga akan jadi lebih menarik.
Tips 3 : Menghancurkan biji cili
Ketika mengisar cili, tambahkan sedikit minyak masak bersama air. Biji cili akan lebih mudah terkisar dan tekstur cili juga akan lebih halus.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~





