Pelepasan Cukai 2025 | Bermula 1 Mac 2026, bagi mereka yang berkelayakan sudah boleh mula mengisi efiling di lamanweb LHDN.
Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.
Contoh:
Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202
Potongan KWSP (11%) = RM4,202
Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)
![]() |
Pelepasan Cukai LHDN
Sekiranya pendapatan anda tidak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai itu, insha-Allah dapat refund.
Jadi jika anda rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :
1. Borang EA / EC / CP58
Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.
Orang kerja swasta, sediakan borang EA.
Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.
Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2026. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2026.
Sila pastikan jika anda makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.
2. No kad pengenalan ibu dan / atau ayah kandung/angkat
Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM8000 untuk penjagaan kesihatan keperluan kesihatan .
“Tapi mak ayah duduk kampung? “
Rileks, anda masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.
Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.
Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.
3. Penyata Takaful / Insuran
Sila minta statement tahun 2026 pada ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting kerana di dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Pada penyata insuran biasanya ada dinyatakan. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.
Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.
Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.
Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.
4. Resit Gaya Hidup
Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2025) ada beli dan bayar;
smartphone/komputer/laptop/tablet
buku/ subscription news online
bil langganan internet
Pembelian alat sukan / yuran gym
Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.
Ingat, tipu dosa!
5. Resit Alatan Penyusuan
Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).
Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.
Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:
(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
(ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection
and storage equipment); serta
(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).
6. Resit Pra-Sekolah
Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?
Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2027) masa isi borang untuk taksiran 2026 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.
Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Penyata SSPN-i
Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.
Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.
(Jumlah simpanan dalam tahun 2025 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2025).
Contoh: Dalam tahun 2025
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).
Untuk taksiran tahun 2025, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.
LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.
8. Resit bayaran zakat
Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.
Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).
Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.
Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.
~ Sharing is caring from Cekgunorazimah ~
#lhdn #cukai #efailing
Alamak, ramai pulak rupanya yang bertanya cara untuk edit gambar AI caricature. Disini, CN kongsikan video youtube cara edit gambar AI caricature yang sangat mudah. CN guna chatgpt yang free. Anda boleh juga guna gemini ai. Selamat mencuba!
![]() |
| Cara Edit Gambar AI Caricature |
Video Cara Edit Gambar AI Caricature
Hai, anda semua dah terjebak ke dengan gambar AI caricature ni? Serius comel kan? Macam mana CN nak dapatkan gambar yang pertama ni, of course la kena banyak kali 'ajar' chatgpt ni bagi dia pandai. CN guna yang free je, masih lagi rasa tak berbaloi untuk bayar, ops!
![]() |
| Gambar AI Caricature versi cikgu |
Prompt gambar AI Caricature
Create a caricature of me and my job based on everything you know about me.
![]() |
| Gambar AI Caricature versi pegawai farmasi |
![]() |
| Gambar AI Caricature versi beauty blogger |
![]() |
| Gambar AI Caricature versi food blogger |
MELANO CC VITAMIN C BRIGHTENING SUNSCREEN | Melano CC jenama penjagaan kulit Jepun yang terkenal, meraikan inovasi penjagaan kulit vitamin C yang terkini, dengan bangganya mempersembahkan kejayaan terbaharunya: Melano CC Brightening UV Essence dengan SPF50+ PA++++. Produk revolusi ini direka bentuk untuk melangkaui pelindung matahari tradisional, menawarkan pendekatan pelbagai rupa untuk penjagaan kulit yang menggabungkan perlindungan matahari dan fungsi pencerahan.
Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto Mentholatum Malaysia, menekankan, "Dedikasi tanpa henti kami terhadap penyelidikan dan pembangunan telah melahirkan pelindung matahari yang luar biasa yang mengandungi gabungan Vitamin C dan ramuan penjagaan kulit yang direka dengan teliti untuk kulit yang berseri sambil melindungi daripada sinaran UV yang berbahaya. "
![]() |
| Melano CC Vitamin C Brightening Sunscreen |
MELANO CC VITAMIN C BRIGHTENING
SUNSCREEN –
Untuk
Tona Wajah Lebih Cerah dan Kulit Sekata Yang Berseri
Apa yang membezakan Melano
CC Brightening UV Essence ialah gabungan dua jenis Vitamin C – asid askorbik
glukosida untuk penghantaran Vitamin C yang berterusan dan magnesium ascorbyl
fosfat untuk keberkesanan yang dipertingkatkan. Duo dinamik ini mencerahkan
kulit kusam, mencerahkan kesan jerawat, dan mengecilkan pori-pori besar,
memastikan kulit yang memancarkan kilauan dan keserian.
![]() |
| Melano CC Vitamin C Brightening Sunscreen |
Manfaat Utama Melano CC
Brightening UV Essence termasuk:
Perlindungan Komprehensif: Diformulasikan dengan SPF
50+ PA++++, ia memberikan perlindungan spektrum meluas terhadap sinar UVA/UVB
dan menjadi perisai kulit daripada pencemaran dalam udara, lantas memastikan
kesihatan dan keserian kulit yang optimum.
Pencerahan Terkini: Dihasilkan
dengan campuran derivatif vitamin C dan E, pelindung matahari ini secara aktif
memerangi bintik-bintik gelap, menggalakkan tona kulit yang sekata dan
meningkatkan keserian dalaman kulit dengan setiap penggunaan.
Meningkatkan Penghidratan: Diselit dengan campuran sinergistik vitamin E dan Ekstrak Buah Markisa,
ia memberikan ledakan penghidratan tambahan, menghilangkan dahaga kulit dan
menjadikannya berasa segar dan anjal.
Penghalusan Pori: Dipertingkatkan
dengan Serbuk Penyerap Sebum, pelindung matahari mengawal pengeluaran minyak
muka dengan berkesan, menghaluskan liang pori, dan memberikan kesan pengaburan
pori serta-merta, memastikan kanvas yang sempurna untuk pemakaian solekan
dengan pemakaian berpanjangan.
Penggunaan Mudah: Dengan formulanya yang
ringan, pelindung matahari dengan mudah meluncur ke kulit, menyerap serta-merta
tanpa sebarang sisa berminyak menjadikan kulit berasa bertenaga dan tambahan
segar dengan bau sitrusnya.
Mengapa perlu menunggu
apabila anda boleh merasai Melano CC Brightening UV Essence (50g) hari ini?
Dapatkan Melano CC Brightening UV Essence anda dan nikmati kilauan kulit yang
kelihatan berseri dari Watsons, Shopee dan Lazada pada harga RM 69.90.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Belisimo Energy Booster Rahsia Kekuatan Semulajadi Di Bulan Puasa | Dalam menyambut bulan yang mulia, Belisimo dengan bangga mempersembahkan edisi Ramadan 2024. Belisimo, makanan tambahan kesihatan dalam bentuk jeli yang mudah dan ringan, kini hadir dengan formulasi unik yang memanfaatkan kekuatan Buah Delima, Kurma dan Buah-Buahan Campuran lain untuk memberikan pendekatan holistik kepada kesihatan minda, badan dan rohani.
![]() |
| Belisimo Energy Booster Rahsia Kekuatan Semulajadi Di Bulan Puasa |
Belisimo bukanlah sekadar produk biasa. Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi 100% dan bebas dari bahan pengawet, allergen atau gula tambahan, Belisimo menawarkan pelbagai manfaat untuk gaya hidup yang aktif dan sihat.
Dalam bentuk jeli yang mudah dibawa ke mana-mana, Belisimo adalah pilihan yang tepat bagi individu yang mengutamakan kesihatan tanpa mengabaikan kesibukan harian.
![]() |
| Belisimo sebagai energy booster |
Belisimo sebagai Energy Booster
Antara kelebihan Belisimo yang patut anda tahu adalah:
- Meningkatkan immuniti
- Melambatkan penuaan pramatang
- Menambah tenaga
- Meningkatkan pemulihan otot
- Membantu mengurangkan berat badan
Apakah kandungan Belisimo yang menjadikan ia superfood?
- Vitamin E untuk kulit yang bersinar
- Vitamin C untuk menggalakkan produksi kolagen semulajadi
- Antiinflamatori untuk meredakan keradangan
![]() |
| Cara pemakanan Belisimo |
Cara Pemakanan Belisimo semasa Bulan Ramadan
Semasa bulan Ramadan, pengguna disarankan mengambil hanya satu (1) stick jelly Belisimo setiap hari. Belisimo juga boleh diambil sebelum dan selepas makan.Selain daripada memakannya secara individu, anda boleh kreatif dalam mencampurkannya dengan makanan anda sebagai tabiat pemakanan yang sihat. Contohnya dengan mencampurkan ke dalam sandwich atau smoothie.
![]() |
| Promosi Belisimo di bulan Ramadan |
Promosi Gila-Gila Belisimo untuk Edisi Ramadan 2024
Dalam menyambut bulan penuh berkat Ramadan, Belisimo menawarkan promosi hebat untuk edisi khas Ramadan 2024! Rebut promosi menarik ini sekarang dan nikmati kebaikan kesihatan Belisimo sambil menjalani ibadah puasa.
Beli 2 kotak, PERCUMA 1 kotak + Penghantaran Percuma, hanya RM180!
Promosi
ini berlangsung sepanjang bulan Mac 2024 sehingga berakhirnya bulan Ramadan.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kesihatan anda dengan
Belisimo yang berkhasiat.
Tawaran terhad dan rebut peluang baik ini sebelum kehabisan stok!Jadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna dan menyihatkan dengan Belisimo.
![]() |
| Promosi Belisimo sempena bulan Ramadan |
Belisimo Stokist March Opening
Pendaftaran PERCUMA; Hubungi NB Marketing: +6012 302 7094
Pakej: Platinum, Gold dan Silver
Sebagai stokis Belisimo, anda bukan hanya memiliki akses kepada produk berkualiti tinggi untuk pelanggan anda, tetapi juga peluang untuk memperoleh keuntungan yang menarik. Dengan harga jualan yang menarik dan keuntungan yang besar setiap kotak, pakej-pakej Platinum, Gold dan Silver Belisimo menjanjikan pulangan yang menguntungkan bagi pelaburan anda. Sertainya dalam menyokong kesihatan masyarakat sambil meraih kejayaan perniagaan yang berkekalan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan Belisimo Energy Booster
Telefon:
+6012-3456789
Emel:
info@belisimo.com
Laman Web:
www.belisimo.com
Instagram: @belisimo.my
Tiktok:
@belisimo.my
![]() |
| Belisimo |
Disclaimer:
Belisimo bukanlah produk pelangsing, produk kolagen khusus atau ubat-ubatan. Ia adalah makanan tambahan semulajadi yang direka untuk menyokong kesejahteraan harian anda. Manfaat yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada bahan-bahan yang terdapat dalam Belisimo dan hasil semulajadi yang diberikan.
#belisimomy
#belisimoenergybooster #supervitbelisimo
| 5 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk percutian keluarga |
5 Tempat Menarik di Kuala Lumpur
1. Zoo Negara
: Sebut sahaja Zoo Negara, mesti CN akan teringat filem P. Ramlee, Masam Masam Manis. Dating dekat Zoo Negara tau! Jadi, bukan sahaja sesuai bawa anak-anak ke sana, pasangan yang tengah honeymoon pun sesuai hokay. Jalan-jalan tengok binatang sambil berpegangan tangan gituw. So sweet. Selain itu, tarikan utama ke Zoo Negara sudah tentu adalah pasangan panda yang sangat comel! CN percaya anak-anak anda pasti teruja berada di Zoo Negara tau.2. Tugu Negara
3. Petrosains Kuala Lumpur
4. FRIM
| CN dan keluarga kecil di Aquaria KLCC |
5. Aquaria KLCC
![]() |
| 7 Cara Jimat Minyak Memandu Jauh |
Tips Jimat Minyak Memandu Jauh
1. Rancang perjalanan
Ini paling penting kerana ketika musim cuti perayaan, highway jammed teruk. Bila jammed, sudah tentu minyak banyak digunakan. Periksa laporan trafik supaya anda dapat mengelakkan kesesakan trafik seterusnya dapat menjimatkan minyak. Jalan yang sedikit jauh tetapi kurang trafik adalah lebih jimat daripada jalan yang penuh dengan kesesakan trafik.
2. Isi minyak full tank
Untuk perjalanan jauh, pastikan tangki minyak penuh untuk mengurangkan ruang udara. Minyak yang bercampur dengan udara akan cepat terbakar.
3. Masa mengisi minyak
Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk. Ini kerana minyak adalah cecair yang cepat meruap pada waktu panas.
4. Kekalkan kelajuan
Antara cara jimat minyak yang selalu Encik Suami lakukan adalah kekalkan kelajuan. Almaklumlah, perjalanan ke utara menempuh banyak laluan berbukit. Elakkan menekan lagi pedal minyak ketika jalan mendaki, jika kenderaan masih mampu mendaki. Sentiasa amalkan pemanduan mengikur RPM dan bukan mengikut kelajuan.
5. Ekori belakang kenderaan besar
Jika anda mempunyai skil memandu yang awesome, anda boleh cuba mengekori kenderaan besar di belakang. Ini kerana, apabila rintangan udara (aerodinamik) dapat dikurangkan, ia juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.
6. Minimumkan berat muatan
Untuk perjalanan jauh, kurangkan muatan kereta untuk menjimatkan penggunaan minyak. Disini, cuba check bonet kereta anda. Pastikan barang-barang yang tidak diperlukan dikeluarkan dari kereta ye.
7. Tutup tingkap kereta ketika memandu
Anda boleh jimat sehingga 10% dengan menutup tingkap ketika memandu. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik. Bendera yang digantung pada kereta pun harus dicabut untuk menjimatkan minyak.
5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor pilihan Agoda
![]() |
| Pangkor Sandy Beach Resort |
![]() |
| Anjungan Beach Resort |
![]() |
| Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut |
![]() |
| Marina Island Pangkor Resort & Hotel |
![]() |
| Coral Bay Resort Pangkor |
Cara Tukar Gambar ke PDF | Musim PDPR ni memang cikgu-cikgu akan suruh hantar gambar hasil kerja latihan atau projek yang diberikan. Jika melibatkan mukasurat yang banyak, memang akan nampak serabut untuk hantar ke whatsapp atau telegram. Jadi cara terbaik adalah dengan menukarkan format gambar tersebut ke pdf. Nampak lebih kemas dan tersusun. Cikgu-cikgu pun senang nak menanda hokay.
![]() |
| Cara tukar gambar ke PDF |
Cara untuk menukarkan format gambar ke pdf ini sangat mudah. Boleh guna handphone tanpa perlu install sebarang apps! Hanya menggunakan browser dan pergi terus ke lamanweb smallpdf.com.
Anda boleh tonton video tutorial di bawah. Semoga membantu!
Video Tutorial Cara Tukar Gambar Ke PDF
![]() |
| Kehidupan wanita lebih ceria apabila Miss V bersih dan sihat |
Bagaimana Terjadinya Jangkitan Kulat/Yis di Faraj ini?
![]() |
| Atasi masalah jangkitan kulat pada faraj dengan Proutix dari Biolife |
Atasi Masalah Jangkitan Kulat di Faraj dengan Proutix
![]() |
| Tahukah anda kelebihan Proutix? |
Kelebihan Proutix yang Mesti Anda Tahu
Setiap orang ingin berjaya. Setiap orang ingin menjadi baik. Tapi untuk berjaya dan menjadi baik bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak liku-liku yang harus ditempuhi. Zaman penuh mencabar ini, kita mudah untuk tergelincir, terjauh dari tujuan asal iaitu menjadi baik dan berjaya. Kita perlukan komuniti yang saling menyokong dan membantu kita untuk menjadi baik dan berjaya. Bagaimana?
![]() |
| Transform diri di dalam Yaminika Circle |
Untuk berjaya, untuk menjadi baik, kita perlu berusaha. Antara usaha yang CN lakukan adalah dengan menyertai Yaminika Circle. Alhamdulillah, CN telah ditemukan dengan komuniti Yaminika Circle yang sangat positif ini. Komuniti yang saling membantu, saling mengingat untuk kita menjadi baik dan berjaya di dunia dan akhirat, Insya-Allah.
CODE KEJAYAAN Para Nabi
Dibandingkan ujian kita dengan para nabi, sudah tentu ujian dan cabaran para nabi lagi dasyat. Tetapi bagaiman para nabi ini berjaya mengharungi ujian dan dugaan yang dasyat ini?
Semuanya ada di dalam Al-Quran !
Bukan sahaja CODE KEJAYAAN, malah anda juga boleh mendapat 6 items ini jika menyertai Yaminika Circle.
1. Formula untuk keluar daripada kesempitan hidup kepada kelapangan rezeki dengan Financial Analysis
2. Formula untuk kekal positif dalam kehidupan seharian dengan Life Contract
3. Formula untuk lebih fokus pada Big Why & Purpose hidup dengan Life Master Key
4. Formula untuk mendapatkan kenalan positif dan support system yang hebat dengan Life Network
5. Formula mengurus hidup harian, bulanan dan tahunan supaya lebih tersusun dan teratur dengan Miracle Journal
6. Formula mendapatkan support system yang sangat praktikal supaya boleh paksa kita untuk berjaya mencapai apa yang kita impikan selama ini dengan Buddy System.
Miracle You, perkongsian CODE KEJAYAAN yang mesti anda tahu
CODE KEJAYAAN ini akan dikongsikan di dalam Miracle You yang akan berlangsung pada 9 Januari 2020. Rasai sendiri pengalaman menakjubkan keluar daripada masalah hidup sekarang kepada hidup yang lebih lapang, tenang dan membahagiakan dengan formula Miracle 3. InsyaAllah.
![]() |
| CODE KEJAYAAN yang perlu anda tahu |
MIRACLE YOU
Transform Your Life, Blissfully
Tarikh: Sabtu, 9 Januari 2021
Waktu: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Lokasi: FB Group Miracle You (FB Live)
Yuran komitmen serendah:
RM150 RM20 sahaja
Special
MIRACLE YOU + YAMINIKA CIRCLE (Keahlian Setahun)
Keahlian Setahun rm600 RM300 sahaja (RM25 sahaja sebulan)
Sertai YAMINIKA CIRCLE disini www.yaminika.com/circle
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Ampunilah kami, Bantulah kami, Bimbinglah kami.
Izinkan kami mempelajari ilmu praktikal ini dalam usaha mencapai RedhaMu.
Aamiin ya Rabbal'alamin
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~






























