Kurung Moden Murah 2016
CN percaya ramai yang sudah mencari-cari baju raya sebagai persiapan awal. Bagi yang suka mencari baju ready made, sweetmuslimah iaitu peneraju pasaran baju muslimah online terbesar di Malaysia menyediakan pelbagai pilihan kurung moden premium lycra yang murah dan berbaloi untuk dimiliki.

Kurung Moden Premium Lycra NAJWA
Kurung moden Najwa ini menawarkan pelbagai pilihan warna yang menarik dengan harga hanya RM129 sahaja ! Pelbagai saiz juga ditawarkan dari saiz S hingga 3XL. Sempena hari raya yang bakal tiba, apa salahnya jika anda memiliki salah satu koleksi kurung moden Najwa ini yang sangat murah setanding dengan kualitinya. Jangan tunggu lama-lama kerana CN khuatir jika saiz dan warna pilihan hati anda kehabisan stok !
Sebelum itu, jom cuci mata dulu dengan kurung moden Najwa pilihan CN. Cantik-cantik kan?
Kurung Moden Najwa Murah Pilihan CN
![]() |
| Kurung Moden Premium Lycra NAJWA |
![]() |
| Kurung Moden Premium Lycra NAJWA |
![]() |
| Kurung Moden Premium Lycra NAJWA |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Apakah itu strok haba?
Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Penyakit ini boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation). Ciri utama strok haba ialah ketinggian suhu badan yang melampau dan berkaitan dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ di mana kebiasaannya proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.
Pada suhu yang ekstrem, jumlah haba dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ dan akhir sekali adalah kematian.
Simptom-simptom strok haba
- Sakit kepala
- Mual
- Denyutan nadi pantas
- Kurang berpeluh dalam cuaca panas
- Otot lemah
- Muntah
- Kulit kering dan kemerahan
- Sawan
- Mudah pitam
Langkah-langkah mengelakkan strok haba
- Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal
- Guna kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan
- Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar
- Pakai losyen pelindung suria
- Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
- Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingan hawa
- Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh
- Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan
Sumber : Majalah Rapi
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~








