Ulangtahun ke 30
Alhamdulillah, hari ini 15 April 2016 genaplah umur CN 30 tahun. Sekejab je dah masuk 3 series. Macam tak percaya pulak CN kini bukan lagi kategori 20-an. Tapi yang paling tak percaya adalah birthday CN disambut ketika 17 hari berpantang, tak boleh makan kek !!! Waaaaa
Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya umur ini, maka bertambah la tanggungjawab. Lagi-lagi dengan kehadiran Dhia Zahra yang bambam ini. CN kini merupakan mama kepada 2 anak. Besar tanggungjawab untuk mendidik dan membesarkan si abang Irfan Hensem & adiknya Dhia Bambam.
p/s : Happy Birthday juga kepada pelakon hensem Kamal Adli yang berkongsi tarikh birthday yang sama dengan CN. Kitorang ni lahir pada hari yang sama, hospital je lain...hehe
![]() |
| Dhia Zahra Bambam |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 2016
Sekejab je sudah masuk pertengahan April. Bulan Jun ini sudah bermula pentaksiran tingkatan tiga untuk subjek sejarah. Alhamdulillah, tahun ini PT3 Geografi bermula selepas raya. Dapatlah CN beraya dengan happy tahun ini tanpa di'temani' dengan skrip jawapan pelajar.
Paling 'seksa' tahun lepas CN perlu menanda skrip jawapan pelajar semasa raya kerana selepas cuti raya skrip jawapan perlu disemak oleh pentaksir sekolah. Fuhh ! Memang mencabar dengan ditambah morning sickness masa tu, its perfect ! Hahahah
Ok, kepada calon PT3 2016, jangan main-main ye !
Jika ingin mengetahui maklumat lebih lanjut tentang aplikasi atas talian boleh merujuk
e-semakan
Jadual Waktu PT3
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~













