Breastfeeding itu tanggungjawab
Bukan semua ibu mampu menyusukan anaknya. Bertuah lah bagi seorang ibu yang mempunyai susu yang banyak dan mampu menyusukan anak mereka. Alhamdulillah, CN bersyukur sangat diberi peluang menyusukan kedua-dua anak CN. Irfan dulu sampai 3 tahun dan Dhia pula CN harap tiada apa2 masalah untuk menyusukannya.
Sememangnya breasfeeding(bf) adalah satu momen indah antara ibu dan anak. Proses diet CN pun lebih cepat bila bf anak ni. Untung sangat tau.
Harus diingat, breasfeeding bukan pilihan tetapi adalah satu tanggungjawab
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Keberkatan Pada Anak Sulung Perempuan
"Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak keberkatan daripada Allah. Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan"
p/s: Alhamdulillah, CN adalah anak sulung perempuan
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jenama Lipstik Yang Terbaik
Dari zaman anak dara hingga kini, CN dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Lipstik je antara make up CN yang tak boleh dipisahkan. Sudah banyak jenama lipstik yang telah CN guna. Berikut merupakan 5 jenama lipstik pilihan CN sebagai panduan untuk anda yang masih mencari-cari jenama lipstik untuk dicuba.
5 Jenama Lipstik Terbaik Pilihan CN
1. Mary Kay
Jenama lipstik yang CN guna sekarang. Memang sudah jatuh cinta sebab CN sukakan penutupnya yang 'sukar' dibuka oleh Irfan. Warna faveret CN semestinya color me coral sebab nampak natural.
2. Mac
CN guna Mac masa zaman anak dara sampaila baru kahwin ketika menetap di KL kerana selalu shoping di Sogo. Sekarang dah tinggal di Banting, tempat paling dekat nak beli make up Mac ni adalah di Alamanda. Memang bercinta nak ke sana...hehe. Apa yang bestnya lipstik Mac ini adalah teksturnya yang 'kaya' dan kekal lama. Bibir rasa seksi je bila pakai lipstik Mac. No wonder la Mac ni sentiasa menjadi pilihan.
3. SimplySiti
Lipstik SimplySiti ni best tau. Lembut dibibir dan tahan lama. Selalu beli kalau ada jualan gudang. Memang berbaloi harganya.
4. L'oreal
L'oreal Color Riche Glam ni memang best tau. Rasa lembut je dibibir. Harga pun mampu milik.
5. D'Herbs
Lipstik Collagen D'Herbs ni memang best. Serius bibir menjadi mungil serta merta. Sesuai dipakai untuk aktiviti riadah. Yela, masa riadah pun mestilah kelihatan cantik dan wajah tidak pucat. Baru lah suami sayang ! Eh !
Kredit : Gambar semua adalah original dari Google.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Petua Kejutkan Anak Dari Tidur
Mengejutkan anak kecil dari tidur bukanlah satu tugas mudah. Lagi-lagi jika anda mempunyai anak yang memang jenis menangis bila bangun tidur. Dah 'meriah' suasana pagi jadinya kan?
Alhamdulillah, Irfan memang jenis mudah untuk dikejutkan dari tidur. Tapi cara CN mengejutkan Irfan adalah dengan memuji dulu baru sentuhan. Kira gabungan antara 2 cara di atas. Cara anda pula bagaimana?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
















